Sabtu, 2 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Mana wakil rakyat?

Posted: 01 Jul 2011 05:00 PM PDT

Mana wakil rakyat? KUALA KRAI - Penduduk sepanjang Jalan Belakang Kilang, Kampung Pahi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil, dekat sini, kecewa apabila permohonan mereka untuk menurap laluan berkenaan sejak tiga tahun lalu tidak diendahkan pihak berkenaan.

Ketua Pas cawangan Lepan Jenut, Nik Hanafi Mamat berkata, permohonan untuk kemudahan 25 keluarga di sepanjang jalan itu dikemukakan kepada wakil rakyat di peringkat DUN dan Parlimen sejak Mei 2008, namun tidak mendapat maklum balas.

Katanya, keadaan jalan tidak sempurna dan dipenuhi lopak air setiap kali hujan itu amat menyukarkan penduduk serta pelajar yang menggunakan laluan itu untuk aktiviti harian mereka.

"Sekurang-kurangnya menjenguk keadaan penduduk di sini, tetapi kami amat kecewa kerana hingga hari ini, masih tidak ada apa-apa maklum balas.

"Kami sedar Kerajaan Negeri miskin tetapi kalau benar peruntukan tidak ada, datang beritahu atau beri maklum balas terhadap permohonan kami dan bukannya mendiamkan diri begitu sahaja," katanya, di sini, semalam.

Nik Hanafi berkata, kesal dengan sikap wakil rakyat terbabit, dia dan penduduk bersetuju menghantar salinan permohonan mereka kepada Kerajaan Negeri untuk tindakan selanjutnya.

"Walaupun ini hanya jalan kampung, pihak terbabit sepatutnya prihatin keadaan kami di sini dan bukannya hanya cakna bila musim pilihan raya," katanya.

Seorang Ahli Jawatankuasa Pas cawangan itu, Zahari Ali pula berkata, lebih mengecewakan apabila seorang wakil rakyat berjanji menghantar batu kasar bagi menimbus lopak air di jalan berkenaan namun tidak menunaikan janji tersebut.

"Sudah beberapa kali saya berjumpa dengan wakil rakyat terbabit di masjid dan kedai kopi, malah beliau berjanji nak hantar batu dan tar tetapi sampai sekarang, janji hanya tinggal janji," katanya.

Justeru, Nik Hanafi dan Zahari merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Pas cawangan Peria, Abdullah Mat atau lebih dikenali dengan nama Suhaimi apabila sudi membantu penduduk menyelesaikan masalah jalan itu.

"Permohonan dibuat seorang ahli Pas cawangan Lepan Jenut, Razak Yasoa kepada Abang Mie (Suhaimi) dan Alhamdulillah, beliau sudi menyumbangkan 50 tan batu kasar.

"Mewakili penduduk di sini, kami amat berterima kasih kepada Abang Mie dan ini bukan kali pertama beliau membantu kerana sebelum ini pun sudah banyak bantuan dihulurkannya untuk membaiki jalan dan rumah orang miskin," kata Nik Hanafi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved