Jumaat, 1 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Bayi enam bulan berat 12 kilogram tarik perhatian

Posted: 30 Jun 2011 05:00 PM PDT

Bayi enam bulan berat 12 kilogram tarik perhatian

BESUT - Seorang kanak-kanak berusia enam bulan yang mempunyai berat lebih 12 kilogram di Kampung Gaung Jerteh dekat sini dianggap luar biasa hingga menarik perhatian orang ramai.

Ahmad Faleeq Darwish Abdullah, anak bongsu daripada empat beradik yang membesar dalam keadaan sihat dan kini mampu memakai seluar pendek milik abangnya, Fayyadh Darish berumur 4 tahun.

Ahmad yang diukur setinggi 65 sentimeter itu merupakan anak kepada pasangan Abdullah Mohamad, 52, dan Zulida Mat Isa, 38, dilahirkan secara normal pada 14 November tahun lalu dengan berat 3.6 kilogram dan tidak pernah diberikan susu
lain selain menyusu susu ibunya.

Katanya semasa mengandung selama sembilan, beliau hanya memakan makanan biasa dan tidak mengambil apa-apa makanan tambahan dan apabila bersalin berat bayinya itu sama seperti bayi lain.

"Tetapi kami menyedari Ahmad Faleeq Darwish cepat membesar berbanding dengan anak-anak yang sebaya dengannya," kata beliau.

Menurutnya, dia ada membawa bayinya itu ke klinik kesihatan ibu dan anak di Jerteh untuk pemeriksaan biasa tetapi diberitahu bahawa bayinya itu tidak mengalami masalah obesiti kerana hanya mengambil susu ibunya.

"Jika mengambil makanan lain mungkin anak saya ini dikatakan obesiti tetapi pembesarannya agak pantas hingga ia kelihatan besar sekiranya dibandingkan dengan anak-anak seumur dengannya," katanya lagi.

Selain Fayyadh Darish, Ahmad Faleeq Darwish mempunyai seorang lagi abang iaitu Ahmad Fawwaz Danial, 7, dan kakak, Alisa Maisara, 8, yang kesemuanya memiliki saiz tubuh biasa sahaja.

Ekoran saiz tubuh anaknya itu, kata Zulida, ramai saudara mara dan penduduk setempat berkunjung ke rumahnya dan kebanyakan begitu teruja melihat kemontelannya.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kenyataan SAMM mengenai perhimpunan aman 9 Julai 2011

Posted: 30 Jun 2011 05:00 PM PDT

Kenyataan SAMM mengenai perhimpunan aman 9 Julai 2011

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengambil tanggungjawab untuk menyatakan dengan jelas bahawa rakyat Malaysia mempunyai hak berhimpun dan menyuarakan pandangan seperti mana termaktub Perkara 10 (1) (b) Perlembagaan dan Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita wajib mematuhi 5 Rukun Negara yang telah ditetapkan sejak negara kita mencapai kemerdekaan malah KELUHURAN PERLEMBAGAAN secara jelas telah mengesahkan bahawa hak untuk berhimpun itu dibolehkan tanpa ragu-ragu.

SAMM adalah salah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang rata-rata disertai oleh golongan anak-anak muda Malaysia ini sangat komited untuk melihat Negara ini menjadi sebuah Negara yang benar-benar bertamadun dan beretika.

Justeru itu kami meraikan mana-mana kumpulan, baik dari pihak parti politik kerajaan atau pembangkang, badan-badan bukan kerajaan (NGO), mahasiwa mahasisiwi, pekerja-pekerja kilang, atau mana-mana pihak, layak untuk berhimpun.

Kerana itu, kami dengan jelas menyatakan sokongan kepada rakyat yang akan menyertai perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini atas dasar perlembagaan yang membenarkan rakyat untuk berhimpun secara aman bagi menyatakan ketidakpuasan hati mereka diatas isu-isu yang diketengahkan.

Begitu juga kami meraikan Pemuda UMNO dan PERKASA untuk turut sama berhimpun secara aman pada hari yang sama walau punya matlamat yang berbeza dengan peserta BERSIH.

Ini adalah salah satu cara dimana kita rakyat Malaysia meraikan demokrasi dan mengangkat martabat negara kita dimata dunia yang mempunya kelas dan efisyen dalam mengangkat perlembagaan yang dicipta kita sendiri.

Sekiranya pihak PDRM mengambil tanggungjawab untuk mengawal keadaan para-para demonstrasi pada 9 Julai nanti, kami yakin dan pasti perhimpunan itu pasti berjalan dengan baik dan terkawal.

Kita mempunyai contoh yang baik dalam perhimpunan aman anti Israel pada 4 Jun 2010, dimana kita berarak dari masjid Kampung Baru sehingga ke kedutaan Amerika tanpa berlaku sebarang huru hara dan provokasi.

Ini adalah kerana PDRM mengambil tanggungjawab untuk mengawal seluruh keadaan perhimpunan dari mula hingga akhir secara professional dan penuh tanggungjawab.

Itu adalah antara contoh terbaik yang boleh kita ambil sekiranya PDRM bersetuju untuk bekerjasama dengan rakyat bagi menyatakan sesuatu kepada Yang Dipertuan Agung pada 9 Julai nanti.

Kami SAMM, cuma berasa kesal diatas tindakan PDRM baru-baru ini yang bertindak secara tidak adil dan professional dalam menjalankan tugas mereka sebagai pihak berkuasa yang diamanahkan oleh rakyat sendiri untuk mengawal keadaan supaya menjadi lebih baik.

Adakah dengan membuat penangkapan secara besar besaran terhadap mereka yang masih belum membuat kesalahan itu satu perkara yang meraikan demokrasi?

Ini jelas menunjukkan bahawa agensi kerajaan digunakan sehabis habisnya bagi melindungi kelompok itu dan menerima arahan tanpa menyelidiki bahawa tindakkan itu bertentangan dengan perlembagaan atau tidak.

Sebagai contoh, ramai aktivis yang memakai baju kuning Bersih, ditangkap di seluruh Negara atas tuduhan menghasut rakyat untuk keluar berhimpun pada 9 julai 2011 nanti, sedangkan pemuda-pemuda UMNO yang secara terang memakai baju merah Patriot yang mengamuk dalam serbuan mereka ke pejabat parti Keadilan Rakyat di Tropicana beberapa hari yang lepas langsung tidak diambil tindakkan.

Inilah yang kami nyatakan dengan jelas bahawa sekiranya kita ingin melaksanakan sesuatu undang-undang, haruslah ia tidak dihadkan untuk sesetengah pihak sahaja.

Sekali lagi SAMM menyeru kepada semua pihak yang akan berhimpun pada 9 Julai nanti agar berhimpun lah dengan aman tanpa menimbulkan sebarang provokasi demi menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah sebuah Negara yang benar-benar mengamalkan demokrasi.

Perlembagaan Negara kita membenarkan rakyat untuk berhimpun secara aman dan pihak-pihak yang berkuasa seharusnya membenarkan dan mengambil tanggungjawab untuk bersama dengan rakyat mengembalikan maruah dan roh demokrasi dalam negara kita yang semakin hari semakin tercalar akibat daripada terlalu banyaknya politik dalam menguruskan Negara.

SAMM juga akan bersama dalam perhimpunan 9 Julai ini bagi menuntut SPR agar merealisasikan 8 tuntutan rakyat agar SPR juga tidak dituduh sebagai badan bebas yang berpihak.

Muhammmad Saufi ( Penyelaras SAMM Negeri Sembilan)

Dipetik daripada blog solidariti anak muda malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved