Jumaat, 1 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Belia Kedah tolak perhimpunan haram

Posted: 30 Jun 2011 05:00 PM PDT

Belia Kedah tolak perhimpunan haram ALOR SETAR - Lebih 300 belia dari Majlis Belia Negeri Kedah (MBNK) berhimpun dengan berpakaian serba merah sebagai bantahan terhadap penganjuran sebarang perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Mereka tiba tepat jam 4 petang mewakili setiap daerah termasuk 27 badan gabungan belia di negeri ini antaranya Majlis Belia Daerah, Gerakan Belia 4B, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah dan Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) turut membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Setar setengah jam kemudian, menggesa mana-mana penganjur tidak mengadakan perhimpunan haram.

Presiden MBNK, Ku Iskandar Ku Saad berkata, perhimpunan aman di hadapan Masjid Zahir selama 10 minit serta laporan polis yang dibuat menunjukkan pendirian belia Kedah menolak sebarang perhimpunan haram sama ada dianjurkan Pergerakan Pemuda UMNO, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) atau badan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

"Kita bersikap berkecuali dan tidak akan mengambil bahagian dalam mana-mana perhimpunan yang dianjurkan pada 9 Julai ini," katanya.

Menurutnya, manifestasi belia Kedah sangat jelas iaitu tidak menyokong perhimpunan haram, politik jalanan mahupun demonstrasi.

"Ia adalah budaya yang dibawa dari negara luar, sebab itu belia Kedah menolak sekeras-kerasnya perhimpunan atau demonstrasi haram. Ia tidak sesuai dengan budaya Malaysia dan tidak wajar untuk belia turut serta.

"Demonstrasi tidak dapat selesaikan masalah, itu bukan caranya untuk memprotes," katanya.

Menurutnya, semua pihak perlu mengambil iktibar dari perhimpunan 2007 yang nyata lebih membawa kesan negatif berbanding positif.

"Saya turut meragui tujuan asal perhimpunan Bersih 2.0 kerana apabila diselidiki, ahli jawatankuasa didalangi orang politik. Dibimbangi apabila dicemari unsur politik, kelak boleh mencetuskan kekecohan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved