Jumaat, 1 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Penternak rugi RM12,000

Posted: 30 Jun 2011 05:00 PM PDT

Penternak rugi RM12,000 SUNGAI PUTERI – Seorang penternak lembu di sini mengalami kerugian kira-kira RM12,000 selepas enam daripada 30 ekor lembu miliknya ditembak menggunakan ubat pelali Jabatan Veterinar sebelum dipercayai dibawa ke Kuantan, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, tiga daripada lembu itu sedang meragut rumput di Ladang Felcra Bandar Lama, Rompin, manakala empat lagi dipercayai berada berhampiran tempat 'Sprint Test' (ujian litar pecut) berdekatan Pusat GiatMara, Rompin.

Ishak Husin, 51, berkata, dia kecewa kerana Jabatan Veterinar tidak memberi apa-apa notis atau makluman serta pemberitahuan berhubung tindakan yang diambil penguat kuasa jabatan itu selepas operasi dijalankan.

"Perkara ini disedari selepas mendapati seekor lembu saya berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya di dalam sebuah parit di ladang itu selepas ditembak menggunakan pelali.

"Rakan-rakan yang nampak kejadian itu memberitahu saya bahawa lembu-lembu itu dibawa menaiki lori Jabatan Veterinar menuju ke Kuantan selepas operasi terbabit," katanya kepada Sinar Harian.

Ishak berkata, dia kesal kerana lembu itu didakwa bukan berada 20 meter dari bahu jalan, sebaliknya berada di kawasan ladang dan tempat lapang selain tidak menghalang aliran lalu lintas.

"Saya kecewa kerana ketika kejadian, lembu-lembu yang ditembak itu bukan berada berhampiran jalan, tetapi di kawasan lapang," katanya.

Ishak yang hanya bergantung harap kepada hasil penjualan lembu untuk menampung kos sara hidup kecewa kerana berhasrat menjual binatang ternakan itu sempena ketibaan Aidilfitri tidak lama lagi.

"Semua lembu yang ditembak itu dalam perancangan untuk dijual, namun hasrat itu terbantut memandangkan saya perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk menuntut semula lembu-lembu itu," katanya.

Sementara itu, Firma Guaman Fadzli & Co sudah menghantar surat kepada Jabatan Veterinar semalam untuk memohon surat penjelasan daripada jabatan itu dan berharap ia dapat diselesaikan secara baik antara kedua-dua belah pihak.

Peguamnya, Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata, jabatan itu perlu mengutamakan prinsip undang-undang seperti memberi notis, budi bicara dan kerjasama antara pemilik lembu dan penguat kuasa untuk mengatasi masalah itu.

Sementara itu, Ketua Penguat Kuasa Jabatan Veterinar Pahang, Ismail Che Ali berkata, pemilik lembu itu didakwa melakukan kesalahan di bawah Perkara Ketiga Enakmen Kawalan Kerbau, Lembu 2001.

"Dalam perkara ini, pemilik didapati melakukan satu daripada tiga kesalahan yang terkandung dalam enakmen ini iaitu membiarkan ternakan di semua tempat awam atau ditafsirkan membiarkan ternakan mereka bebas di kawasan terbuka," katanya.

Menurutnya, pemilik juga dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM500 dan ia terpulang kepada budi bicara Pengarah Veterinar Negeri untuk menentukan jumlah kompaun itu atau lembu itu terpaksa dilelong kepada orang awam sekiranya tiada tuntutan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved