Jumaat, 1 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tapir buat masak kurma atau gulai

Posted: 30 Jun 2011 05:00 PM PDT

Dua minggu lalu, saya ke Hulu Terengganu. Teringat kali pertama ke sini pada 2004, pilihan raya kecil Kuala Berang yang menghadapkan saya dengan adegan dua anak muda - seorang daripadanya saya kenal - bergusti di dalam paya Kampung Gaung pada hari penamaan calon.

Puncanya, provokasi yang tidak bertepi dalam suasana tegang tatkala sebuah parti yang baru sepenggal diberi peluang memerintah, tiba-tiba hilang kuasa. Tapi bukan itu yang saya mahu ceritakan ...

Tidak jauh dari tempat dua anak muda itu bergusti, beberapa hari sebelumnya, saya singgah di deretan gerai buah di tepi jalan kampung itu. Melihat buah kerkuk yang saya tidak pernah jumpa dijual di tempat lain, saya bertanya akan harganya kepada si penjual.

Barang kali tidak jelas soalan saya, si penjual berkata: "Oooh, ini kena masuk utang!" Saya pula berkata: "Tak boleh abang, saya datang jauh ..."

Si penjual yang kehairanan bertanya semula: "Hah, apa kenenya? Jauh pun dak pe. Buah ni tahang (tahan)!"

Saya yang dalam keadaan perut semakin keras menahan ketawa kerana sedar, fahaman si penjual semakin jauh tersasar daripada maksud saya, kemudiannya berkata: "Abang, sebenarnya saya mahu bayar cash (tunai), susah hutang-hutang ni, saya datang dari jauh, dari KL."

"Oooh!" Balas si penjual buah sambil tersenyum. Dia baru sedar bahawa dia sudah terkena dengan saya. "Sebenornya saya nak bagi tahu, buah ni dari utang (hutan), bukang suruh bayor hutang," katanya.

Kembalinya saya ke Kuala Berang dua minggu lalu, seingat saya untuk kali ketiga selepas kunjungan pertama tujuh tahun dulu, memperlihatkan semakin banyak gerai di tepi jalan Kampung Gaung.

Kuala Berang sudah banyak berubah. Si penjual buah 'utang' itu pun saya sudah tidak cam lagi akan wajahnya.

Namun, insiden itu bukan satu-satunya peristiwa lucu yang saya alami berkaitan dengan loghat orang Hulu Terengganu.

Pada suatu ketika, dalam bulan puasa, tatkala memproses satu rencana, saya terkejut melihat 'tapir' dalam senarai juadah berbuka yang dijual di bazaar Ramadan daerah itu.

Dalam keadaan perut yang lapar, saya cuba mencari logik mengenai tapir yang kononnya dijadikan juadah berbuka - apakah dibikin masak kurma seperti daging kerbau, atau gulai kawah campur umbut pisang seperti daging kambing?

Kecur juga air liur mengenangkannya meskipun apa yang ditulis adalah sangat tidak logik. Setelah itu, barulah saya hubungi si penulis untuk bertanya: "Tapir yang awak tulis dijual sebagai juadah berbuka ini, apa masakannya?"

Dia yang kehairanan, bertanya saya semula: "Masakkang ape encik? Masakkang tapirlah." "Yalah, saya taulah masakan tapir tapi apa jenis masakannya? Macam daging kerbau, ada masak kurma, ada buat gulai, ada buat rendang, macam-macam...," kata saya.

"Oh! Itu daging, ini bukan daging encik, ini tapir," katanya, tak mahu mengalah.

"Habis tu, yang awak tulis ni bukan pasal daging? Daging tapir, tapir, yang hitam putih tu,?" kata saya.

Selepas itu, baru saya dengar dia ketawa, ketawa yang sangat kuat sekali. Agak lama kemudian baru dia berkata: "Ini bukan tapir tu la encik. Ini 'tapir' pulut yang dibungkus dengan daun getah."

Mendengar jawapannya, saya sengaja tekankan suara: "Lhaaa, mati-mati saya ingat tapir, tapir tenuk tu."

Kata saya lagi: "Cukuplah kalau sebutan saja tapir tapi tulis biarlah betul, tapai. Kalau tidak, tak pasal-pasal saya sangka orang Hulu Terengganu makan tapir," kata saya, sambil menahan ketawa hingga terkeluar air mata.

Setelah beberapa kali berkunjung ke daerah hulu ini, saya amat pasti bahawa tapai di sini memang dipanggil 'tapir'. Yang saya hairan, macam mana kawan saya itu boleh tulis 'tapir' sedangkan dia hampir setiap hari melalui Pekan Wakaf Tapai.

Nota: Terima kasih kepada penduduk Hulu Terengganu terutama Ahli Parlimen, Haji Md Nor Othman; ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid; ADUN Telemong, Haji Rozi Mamat, ADUN Kuala Berang, Haji Zawawi Ismail, pengurusan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur, Abang Din dan warga Perpustakaan Awam Kuala Berang, Polis IPD Hulu Terengganu, warga Taman Hidayah Kampung Macang, Abang Lah dan penduduk Tanjung Putat serta JKKK Kampung Lebak, JKKK Kuala Ping, En Fadzli dan kakitangan JKM Hulu Terengganu, penduduk Tanjung Baru yang menghidangkan serabai untuk kami, penduduk Sungai Berua serta semua pihak yang membantu menjayakan konvoi Sinar Harian Terengganu pada 17 dan 18 Jun lalu. Terima kasih daun keladi!

Sumbangan kita sejahterakan Afrika

Posted: 30 Jun 2011 05:00 PM PDT

Kejayaan Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) ke-9 yang berakhir minggu lalu meletakkan Malaysia antara kuasa baru dalam kalangan negara-negara membangun. Malaysia berjaya menggunakan soft power yakni cara diplomasi dan kerjasama ekonomi untuk menawan hati pemimpin negara yang menyertai LID.

Malaysia dilihat model negara Islam yang berjaya, dan banyak negara ingin pelajari formula kita. Ini termasuk negara-negara di Afrika, Caribbean dan Caucasus (Uzbekistan dan Kazakhstan, antara lainnya). Mereka cukup tertarik dengan program-program transformasi kerajaan, ekonomi dan sosial yang dipelopori Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pakar ekonomi mereka sepakat bahawa program-program transformasi ini antara paling lengkap dan progresif di dunia.

Negara-negara Afrika hadapi pelbagai masalah politik, ekonomi dan sosial setelah mencapai kemerdekaan. Kuasa penjajah Eropah tidak banyak membantu, malah mengabaikan mereka. Kuasa besar dan institusi kewangan dunia juga tidak banyak salur bantuan, kecuali memerah kekayaan bumi. Berpuluh tahun mereka dilanda peperangan, krisis makanan, kemiskinan dan penyakit.

Berikutan itu, banyak negara Afrika kini memandang ke Timur. China, Jepun, Taiwan dan Korea banyak menanam modal kerana yakin dengan potensi masa depan Afrika. Kini, giliran Malaysia pula. Semakin banyak firma dan usahawan tempatan, termasuk syarikat minyak, telekomunikasi, perladangan, pendidikan dan perbankan telah menapak di sana dan impaknya semakin terserlah.

Hubungan Malaysia-Afrika mula berkembang selepas Sidang Kemuncak Komanwel di Kuala Lumpur pada 1989. Ramai pemimpin Afrika dan Caribbean ke sidang itu kagum dengan pembangunan dan pencapaian Malaysia. Ini mendorong mereka menghantar menteri, pegawai tinggi kerajaan, delegasi perdagangan dan kumpulan profesional ke Malaysia untuk mengetahui lebih mendalam pengalaman kita serta belajar kaedah pemimpin Malaysia bangunkan negara dan rakyat. Perbincangan dan pertemuan akhirnya melahirkan LID, LID pertama kali diadakan pada 1995 bagi merapatkan hubungan dengan Afrika dan Caribbean berasaskan konsep perkongsian bestari, iaitu menang-menang dan konsep prosper thy neighbour sejajar dengan prinsip Islam. Sabda Rasulullah SAW: "Bukanlah kalangan orang beriman apabila dia kenyang, sedangkan jirannya dalam kelaparan." (Hadis Riwayat Bukhari).

LID di Putrajaya tahun ini pula, bukan saja membolehkan kita showcase kemajuan dan inovasi negara, khususnya di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Cyberjaya dan Kuala Lumpur, malah membuktikan keberkesanan konsep wasatiyyah dalam negara Islam di Malaysia.

LID bukan sahaja membuka peluang kedua-dua pihak kongsi pengalaman dan kerjasama dalam pelbagai bidang, tetapi juga membuka pasaran baru, termasuk pembinaan, infrastruktur, perkhidmatan, IKS, francais dan kewangan. Benua Afrika ada 1 bilion penduduk dan kaya dengan sumber asli. Semasa LID pertama di Langkawi 16 tahun lalu, jumlah perdagangan Malaysia dengan Afrika kurang RM1 bilion. Kini mencecah RM25 bilion. Namun, skop dan potensinya cukup besar kerana ini hanya dua peratus jumlah perdagangan Malaysia.

Melalui LID, Malaysia kini dilihat sebagai negara pro-perniagaan, mesra pelabur dan rakan politik boleh dipercayai. Malaysia yakinkan negara-negara Afrika mengenai potensi dan keuntungan memakmurkan negara jiran menerusi konsep perkongsian pintar - berkongsi idea dan meluaskan kerjasama serta bersatu dalam menangani cabaran global semasa. Idea ini perlu dikembangkan lagi bagi hasilkan situasi menang-menang di kalangan negara-negara Islam.

Sebagai negara membangun, Malaysia, Afrika-Caribbean ada matlamat sama, iaitu jadi negara maju dan makmur. Untuk capai hasrat ini, kita perlu bekerjasama, bukan menang ambil semua, kalah rugi semua.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved