Jumaat, 1 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tipu RM126.3j

Posted: 30 Jun 2011 05:00 PM PDT

Tipu RM126.3j SHAH ALAM – Seorang bekas ketua pengarah eksekutif sebuah syarikat kitar semula petroleum mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap 25 tuduhan menipu sebuah bank untuk mendapatkan pembiayaan kewangan berjumlah RM126.3 juta pada 2008 dan 2009.

Mohamed Asari Che Mahmood, 51, didakwa menipu enam pegawai bank dengan menyerahkan dokumen palsu untuk mendapatkan pembiayaan kepada syarikatnya, Aldwich Enviro-Management Sdn Bhd.

Perbuatannya didakwa mendorong pegawai di bank itu meluluskan permohonan (Bankers Acceptance) sebanyak 25 kali.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukannya di Malayan Banking Berhad (Maybank), Tingkat 2, No 10, Persiaran Pandamaran, Seksyen 14, di sini sejak 24 Disember 2008 hingga 16 November 2009.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Izalina Abdullah manakala Asari diwakili peguam, Abdul Azia Hamzah.

Hakim, Mohd Fadhir Harun membenarkan Asari diikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan lelaki itu menyerahkan pasport kepada mahkamah. Kes disebut semula 29 Julai depan.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved