Jumaat, 1 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Banglo transit barang tiruan

Posted: 30 Jun 2011 05:00 PM PDT

Banglo transit barang tiruan MUAR – Taktik menjadikan rumah banglo sebagai tempat transit menyimpan barangan tiruan akhirnya terbongkar dalam satu serbuan di kawasan perumahan di Jalan Salleh di sini, semalam.

Serbuan tersebut dilakukan oleh 10 anggota Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Muar, diketuai Penolong Pegawai Penguatkuasa, Wan Asrol Wan Mahmud.

Dalam serbuan yang mengambil masa hampir empat jam itu berjaya merampas barangan tiruan pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM100,000.

Antara barangan yang dirampas ialah beg melancong, beg pakaian, beg sandang, beg tangan, dompet, dan topi yang membabitkan pelbagai jenama terkenal.

Ketua Cawangannya, Mohd Basha Abidin Ali berkata, operasi tersebut merupakan hasil intipan pegawai-pegawai PPDNKK Muar selama dua bulan sempena Operasi Gerak Gempur Cetak Rompak (GGCR).

Menurutnya, rampasan itu dibuat bagi mengelakkan orang ramai daripada tertipu daripada membeli produk berkenaan dengan harga yang lebih murah sedangkan tidak berkualiti.

"Rumah banglo ini dikatakan tempat transit sebelum barangan ini diedarkan kepada peniaga-peniaga termasuk pasar malam pasar malam di sekitar Johor dan sebahagiannya di Pahang.

"Siasatan awal mendapati kemungkinan penghantaran barangan ini dilakukan beberapa cara iaitu penghantaran terus kepada pembeli, penghantaran secara pos dan pembeli datang sendiri ke tempat kejadian," katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, ketika serbuan itu turut menahan seorang lelaki berusia 70 tahun dan tiga wanita berusia antara 20 hingga 30 tahun terbabit adalah ahli keluarga kepada pemilik barangan tiruan itu.

Bagaimanapun, pihak kami masih lagi mencari dua lelaki yang dipercayai merupakan pemilik kepada barangan berkenaan untuk membantu siasatan lanjut.

"Dipercayai pihak terlibat membawa masuk barangan ini dari luar negara kerana mendapat permintaan yang tinggi sempena cuti sekolah dan musim perayaan akan datang " katanya.

Dalam pada itu, Mohd Basha berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 3 (1) (b) Akta Perihal Dagangan 1972 yang boleh dikenakan denda sebanyak RM100,000 atau penjara tiga tahun (bagi pesalah individu) dan denda RM250,000 (bagi pesalah sebuah syarikat Sdn Bhd).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved