Isnin, 11 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kapal Atlantis berlabuh kali terakhir

Posted: 10 Jul 2011 05:00 PM PDT

Kapal Atlantis berlabuh kali terakhir WASHINGTON - Pesawat ulang-alik Atlantis selamat berlabuh di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), kelmarin, bagi melakukan misi penjelajahan terakhir Amerika Syarikat (AS) ke angkasa lepas sejak 30 tahun lalu.

Pesawat Atlantis itu membawa bekalan peralatan seberat 3,600 kilogram bersama empat angkasawan yang turut akan melakukan penyelidikan selama 12 hari di ISS.

Ia juga ditugaskan untuk membawa pulang pam ammonia yang rosak kembali ke bumi.

Program terakhir penerokaan manusia itu menandakan misi ke-37 sebelum ia ditempatkan di Pusat Angkasa Kenndey bagi menjadi tarikan baru pelancong.

222 mayat dalam kubur besar ditemui

Posted: 10 Jul 2011 05:00 PM PDT

222 mayat dalam kubur besar ditemui SHANAFIYAH - Pihak berkuasa menemui 222 mayat yang dipercayai mangsa kekejaman semasa pemerintahan kuku besi bekas presiden Iraq, Saddam Hussein pada 1987 di dalam sebuah lagi kubur besar di selatan Baghdad, kelmarin.

Salah seo rang pegawai Jabatan Hak Asasi Manusia, Karim Ziad berkata, mereka telah menggali semula kubur itu dan memindahkan ratusan mayat tersebut ke rumah mayat di wilayah Najaf.

Sebelum ini, pihak berkuasa melaporkan bahawa mereka telah menemui sebuah kubur mengandungi 900 mayat di Shanafiyah berhampiran bandar Diwaniyah pada Rabu lalu.

Menteri Hak Asasi Manusia, Mohammed Shia al-Sudani menyatakan penemuan itu membuktikan berlakunya jenayah kemanusiaan semasa era pemerintahan tersebut.

"Mayat wanita dan kanak-kanak turut ditemui tertanam bersama ratusan yang lain," menurut Pengarah Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Widad Hatem.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved