Isnin, 11 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Beza penyatuan Melayu, bukan Melayu

Posted: 10 Jul 2011 05:00 PM PDT

Saya sudah naik muak untuk mengulas mengenai Bersih kerana kita semua tahu tujuan yang tersurat dan tersirat mereka. Itu pun umat Islam masih lagi buta. Masih terus mahu menyusahkan rakyat. Kepentingan politik mengatasi segala. Saya juga yakin kemenangan parti pembangkang Thailand dalam pilihan raya umum 2011 minggu lalu, menjadikan sumber inspirasi mereka, semakin nekad menguasai Putrajaya. Mereka tetap mahu berdemonstrasi.

Kemenangan parti Pheu Thai pimpinan adik bekas perdana menteri, Yingluck Shinawatra akan menjadi sejarah Thailand berperdanamenterikan seorang wanita. Apakah Yingluck boleh disamakan dengan ketua Bersih yang diperalatkan imej kewanitaannya bagi memenuhi nafsu serakah tersebut? Sama-sama kita saksikan.

Di Thailand, tindakan mereka amat profesional, bila selesai pilihan raya, maka dikira selesai. Selepas itu, mereka akan tunggu lima tahun lagi untuk membuat keputusan menukar pemimpin. Siapa kalah, menerima kekalahan, yang menang meneruskan perjuangan agenda negara. Thailand tidak menghadapi banyak, kerana mereka hanya ada dua kumpulan, satu pro kerajaan dan satu lagi pembangkang.

Lagi pula, Thailand adalah negara sebangsa, 1bangsa, 1bahasa dan 1budaya, manakala Malaysia pula berbagai bangsa, bahasa dan budaya. Tidak banyak bersifat 1, kecuali gagasan perpaduan 1Malaysia cuba diketengahkan Perdana Menteri. Itu pun terlalu banyak disalahfahamkan dan dipolitikkan.

Dalam banyak hal semuanya mereka mahukan satu iaitu sama rata dan sama rata. Tetapi tidak dalam isu 1bangsa, 1bahasa dan 1budaya. 1sekolah tidak boleh dibincangkan kerana akan ditentang habis-habisan. Bolehkah kita mempercayai mereka untuk berdemonstrasi secara aman? Saya bimbang mereka akan mengambil kesempatan untuk memperlagakan sesama umat Islam.

Selama ini kita telahpun diperlagakan. Dendam kesumat tidak pernah habis. Kita sentiasa mencari kelemahan orang lain. Dahulu pembangkang mengutuk UMNO Barisan Nasional. Kini, apabila mereka memerintah, sepatutnya mereka menjadi lebih baik dalam segala hal, tetapi nampaknya tidak banyak perubahan. Persaudaraan sesama saudara seagama diletak ke tepi, yang penting kroni.

Pemilihan Ahli Majlis Perbandaran masih sama. Cuma dibuat lebih teratur supaya tidak kelihatan seperti UMNO Barisan Nasional. Dahulu mereka mencadangkan supaya pilihan raya dibuat untuk memilih ahli majlis. Namun, bila mereka memerintah, keadaan balik asal. Ahli majlis mereka mewakili parti politik juga. Mereka berebut-rebut projek dan tender untuk dibahagi-bahagikan kepada kroni-kroninya. Jangan pergi jauh, datanglah ke Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Kenapa jadi sebegini? Belajarlah daripada bangsa lain.

Saya ingin membawa pembaca meneliti isu ini untuk dijadikan iktibar. Minggu lalu, Persatuan Editor Akhbar Cina Malaysia mengutuk hebat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Teng Chang Kim, kerana pandangannya mengkritik akhbar Cina yang disifatkan terlalu ultra kiasu seperti telah saya sebut sebelum ini. Teng dilaporkan berkata, wartawan akhbar Cina berperangai buruk dan penguasaan bahasa Cina mereka juga tidak sebegitu baik. Teng turut membidas mereka kerana tidak dapat membezakan antara benar dan salah dalam pemberitaannya. Tanpa menyiasat maksud Teng, Persatuan akhbar tersebut terus menyerang Teng.

Saya mengikuti peribadi saudara Teng sejak dahulu lagi. Beliau agak berbeza dengan ultra kiasu lain. Beliau agak terbuka dan banyak bergaul dengan orang Melayu. Malah tidak segan-silu memakai songkok ketika pembukaan Parlimen dan tugasnya sebagai Speaker. Banyak buku Islam dibacanya. Sebab itu, dia agak tidak disukai sesetengah pihak, terutama akhbar ultra kiasu ini dan golongan ortodoks ultra kiasu. Maka tidak hairan jika beliau tidak terpilih untuk mengetuai parti ultra kiasu Selangor.

Ketua Pemuda MCA seperti cacing kepanasan membidas saudara Teng untuk mencari publisiti murah. Saya harap umat Islam di kawasan Parlimen Ayer Hitam dapat membuka mata siapa wakil rakyat mereka sebenarnya. Sepatutnya akhbar Cina perlu muhasabah diri. Apakah selama ini pemberitaan akhbar mereka benar-benar membina negara bangsa berasaskan gagasan 1Malaysia atau akhbar ini mengapi-api semangat perkauman.

Baru-baru ini saya berforum dalam Majlis Pengetua Sekolah Malaysia yang dihadiri hampir 1,000 pengetua. Saya hairan, Majlis Pengetua Sekolah begitu besar persatuannya, tetapi kenapa suara mereka tenggelam dengan NGO yang lebih kecil seperti Dong Zong, Jiao Zong dan Dong Jiao Zong. Ketiga-tiga persatuan ini mempunyai kaitan langsung dengan pendidikan Cina, tetapi suara mereka boleh menggegarkan negara. Manakala, Majlis Pengetua Sekolah Malaysia dan begitu juga Majlis Guru Besar Malaysia (Sekolah Rendah), nampak hebat, tetapi tiada taring. Inilah nasib Melayu di bumi Melayu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved