Ahad, 10 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PM arah polis guna kekerasan dipecat

Posted: 09 Jul 2011 05:00 PM PDT

PM arah polis guna kekerasan dipecat KAHERAH - Perdana Menteri Mesir, Essam Sharaf, kelmarin mengarahkan anggota polis yang menggunakan kekerasan dan menyebabkan kematian penunjuk perasaan semasa kebangkitan revolusi untuk menggulingkan bekas presiden, Hosni Mubarak supaya dipecat.

Dalam ucapan disiarkan stesen televisyen tempatan sehari selepas ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Tahrir, Sharaf menyatakan bahawa beliau telah mengeluarkan arahan itu kepada Menteri Dalam Negeri.

Kumpulan penunjuk perasaan bertindak mengadakan demonstrasi terbaru untuk menuntut perubahan pimpinan politik agar segera dilaksanakan bagi menggantikan pemerintahan tertinggi tentera pada masa ini.

Perdana Menteri Mesir itu juga berjanji mengarahkan pembentukan ahli jawatan kuasa untuk menyiasat semula kejadian penunjuk perasaan yang terkorban akibat tindakan kekerasan pihak berkuasa dan siasatan dakwaan rasuah dalam kalangan pemimpin di bawah pemerintahan Mubarak dalam tempoh terdekat.

Akhbar News of the World keluarkan edisi terakhir

Posted: 09 Jul 2011 05:00 PM PDT

Akhbar News of the World keluarkan edisi terakhir LONDON - Akhbar tabloid sensasi, News of the World mengeluarkan edisi terakhir, semalam tertera tajuk utama ' Terima Kasih dan Selamat Tinggal' kepada lapan juta pembaca, sekali gus menamatkan penerbitannya selepas ia beroperasi selama 168 tahun.

Akhbar itu turut menyisipkan permohonan maaf berhubung dakwaan insiden penggodaman talian telefon ribuan orang yang turut menjadi faktor utama keluaran akhbar tersebut terpaksa dihentikan.

"Saya ingin memberi penghormatan kepada seluruh tenaga kerja yang berusaha keras selama ini dengan keluaran akhir istimewa ini," menurut editor akhbar, Colin Myler.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rupert Murdoch yang juga pemilik akhbar tabloid itu dilaporkan tiba di Britain, semalam untuk membantu siasatan polis berhubung dakwaan penggodaman talian telefon itu.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved