Ahad, 10 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Transformasikan koperasi

Posted: 09 Jul 2011 05:00 PM PDT

Transformasikan koperasi PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menggariskan tiga pendekatan perlu menjadi amalan dalam usaha mentransformasikan sektor koperasi negara supaya bersifat besar, total dan komprehensif.

Beliau berkata, pendekatan itu ialah dengan melihat sama ada koperasi itu memerlukan perubahan struktural iaitu mempunyai kemampuan berdaya saing.

Beliau berkata, langkah yang dilaksanakan dengan menggabungkan bank-bank sebelum ini memberi kesan besar kepada sektor kewangan negara dan langkah itu juga boleh dilakukan dengan menggabungkan koperasi-koperasi kecil menjadi lebih besar.

"Satu ketika dulu, kita ada banyak bank komersial tetapi sekarang ada lapan bank utama. Apabila kita gabungkan, maka setiap bank komersial ada kekuatan yang lebih untuk bersaing dan lebih maju.

"Kalau koperasi kecil dalam perkhidmatan teksi sekadar 30 buah teksi...kalau kita bertahan dengan ini, kita rasakan cukup selesa, tentu sekali kita tidak akan dapat kemajuan yang besar.

"Sebaliknya, bila kita melakukan perubahan struktural, kita gabungkan menjadi lebih besar dan dalam perniagaan, lazimnya lebih besar lebih baik, maknanya daripada segi saiz ada signifikan," katanya ketika berucap merasmikan Hari Koperasi Negara 2011 di sini semalam.

Turut hadir, pada Hari Koperasi 2011 bertemakan "Transformasi Koperasi Menjana Ekonomi Rakyat" itu, ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Najib berkata, gerakan koperasi perlu menjalankan perniagaan dengan mengamalkan konsep urus tadbir cekap seperti dilakukan kerajaan terhadap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta dalam sektor perkhidmatan awam.

"Urus tadbir baik mesti didukung dalam gerakan koperasi, tidak kira besar atau kecil tetapi komitmen kita kepada urus niaga yang baik mesti dilakukan kalau kita hendak mencapai transformasi yang dihasratkan.

"Kalau ada ketua pentadbir yang tidak begitu berwibawa atau bekerja separuh masa, mungkin kita boleh cari ketua pentadbir koperasi sepenuh masa, merupakan seorang profesional, kompetensi dan nilai integriti tinggi yang akan menjadi ejen kepada transformasi," katanya.

Beliau berkata, setiap gerakan koperasi perlu meletakkan sasaran dalam bentuk Petunjuk Prestasi Utama (KPI) supaya perniagaan mereka lebih efisien. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Himpunan Bersih 2.0 berjaya

Posted: 09 Jul 2011 05:00 PM PDT

Himpunan Bersih 2.0 berjaya KUALA LUMPUR - Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menyifatkan perhimpunan Bersih 2.0 sebagai kejayaan besar dengan 50,000 dianggarkan hadir memberi sokongan meskipun tidak dapat menyerahkan memorandum tuntutan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, Bersih 2.0 memperoleh lebih sokongan daripada pelbagai kaum penyokong berbanding kempen pertama pada 2007 lalu.

"Saya tidak pernah melihat rakyat semua kaum bersatu kerana satu matlamat sebelum ini.

"Pihak berkuasa bertindak kasar dan tidak profesional. Saya nampak wanita ditolak sampai jatuh," katanya di Hotel Midah, semalam.

Beliau yang turut sama pada perhimpunan itu dengan mengenakan kemeja-T berwarna kuning yang menjadi lambang Bersih 2.0.

Samad berkata, Bersih 2.0 akan cuba menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, namun tidak pasti bila.

Menurutnya, Bersih 2.0 tidak akan mengadakan lagi perhimpunan untuk menyerahkan memorandum.

Salah seorang Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0, Richard Yeoh turut menggesa penyokong Bersih 2.0 agar mengenakan pakaian kuning setiap Sabtu bagi menandakan pendirian mereka.

Yeoh berkata perjuangan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya masih belum berakhir.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved