Ahad, 10 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Lebih 70 isteri wakil rakyat keracunan makanan

Posted: 09 Jul 2011 05:00 PM PDT

Lebih 70 isteri wakil rakyat keracunan makanan

KUALA TERENGGANU - Lebih 70 isteri wakil rakyat yang menyertai Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011 di sini, semalam mengalami keracunan makanan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A. Rahman Mokhtar berkata kejadian bermula pada kira-kira 11 pagi apabila beberapa daripada mereka mengalami simptom seperti muntah dan cirit birit dan dirujuk ke klinik statik di hotel penginapan mereka di sini.

Katanya daripada lebih 70 orang yang mengalami simptom itu, seramai 18 terpaksa dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

"Hanya 15 yang ditahan di wad kerana simptom yang dialami mereka lebih serius namun keadaan mereka stabil dan tidak membimbangkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa melawat para isteri wakil rakyat berkenaan di HSNZ di sini hari ini.

Katanya punca kejadian masih disiasat namun beliau tidak menolak ia mungkin berpunca daripada makanan yang dihidangkan dalam satu majlis makan malam sebelum itu.

"Semua sampel makanan sudah dihantar ke Jabatan Kimia untuk pemeriksaan lanjut, katanya.

Sementara itu, isteri Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Selangor, Datin Norliah Mohd Nazir ketika ditemui di HSNZ memberitahu beliau mengalami muntah-muntah selepas majlis makan malam yang dihadiri bersama isteri wakil rakyat lain.

"Selepas muntah-muntah saya cuba dapatkan rawatan di Klinik Statik di Hotel Permai tapi keadaan saya tidak bertambah baik dan saya dihantar ke sini (HSNZ) untuk dapatkan rawatan lanjut," katanya.

Namun katanya, beliau menganggap peristiwa tersebut sebagai insiden tidak dijangka dan tidak menyalahkan pihak penganjur atas kejadian tersebut. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Semakan nama terpilih sertai PLKN 2012 mulai esok

Posted: 09 Jul 2011 05:00 PM PDT

Semakan nama terpilih sertai PLKN 2012 mulai esok

CYBERJAYA - Mulai esok, mereka yang lahir pada tahun 1994 boleh membuat semakan untuk mengetahui sama ada mereka terpilih untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi sesi tahun depan.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata seramai 140,000 peserta telah terpilih untuk mengikuti kursus itu tahun depan, iaitu 27 peratus daripada keseluruhan 515,697 yang lahir pada tahun tersebut.

"Bagaimanapun semakan ini hanya untuk mengetahui mereka yang terpilih sahaja supaya mereka dapat membuat persediaan awal, manakala penempatan kem dan siri kumpulan boleh disemak mulai Disember nanti," katanya kepada pemberita selepas menyertai Program Memasak Dodol anjuran bersama Sekretariat Alumni PLKN dan syarikat Global Globe (M) Sdn Bhd di sini hari ini.

Abdul Hadi berkata semakan boleh dibuat melalui lawan web PLKN iaitu www.khidmatnegara.gov.my atau dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 15888.

Mengenai program itu, Abdul Hadi berkata selain membuat dodol untuk disumbangkan kepada anggota pasukan keselamatan yang bertugas semasa Aidilfitri nanti, progrAm itu juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli alumni dan staf syarikat.

Sebanyak 1,000 kilogram dodol dihasilkan pada program itu yang akan diserahkan kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) sebagai badan penyelaras untuk diagihkan kepada anggota pasukan keselamatan, katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved