SH |
Posted: 09 Jul 2011 05:00 PM PDT Ibu tunggal hilangkan diri
POKOK SENA - "Jangan cari aku lagi, korang (kamu semua) tidak akan jumpa aku," kata Sharmila Md Saad, kepada adiknya, Abdullah yang menghubunginya pada April lalu.
Ibu tunggal berumur 32 tahun itu berkata demikian selepas dipercayai berlaku salah faham melibatkan dirinya dengan bapanya, Md Saad Mat, 59 sebelum itu. Md Saad berkata, sebelum Sharmila dipercayai menghilangkan diri, pihaknya sedang menguruskan majlis pertunangan dan menanti rombongan pihak lelaki dari Yan. Bagaimanapun, majlis berkenaan ditunda sehingga tiga kali disebabkan rombongan lelaki tidak datang dan Sharmila memberi alasan bahawa cuaca tidak mengizinkan menyebabkan mereka tidak dapat hadir. "Saya menegur dia, sama ada rombongan lelaki betul-betul hendak datang atau Sharmila hanya hendak mempermainkan kami, namun selepas itu dia terus mematikan telefon bimbitnya," katanya ketika ditemui di Kampung Kubang Besar, di sini. Md Saad berkata, dia tidak tahu sama ada kata-katanya membuatkan Sharmila berkecil hati atau disebabkan masalah lain. Namun, Md Saad merayu anaknya itu pulang atau menghubungi keluarganya. Menurutnya, pelbagai usaha dilakukan pihaknya termasuk meminta bantuan rakannya untuk mencari Sharmila. "Dua anaknya berumur 12 dan lapan tahun kini dijaga bekas suaminya di Alor Mengkudu, Alor Setar. "Bekas suaminya turut membantu mencarinya tetapi gagal," katanya. Menurutnya, anak kedua dari enam beradik itu kali terakhir bekerja sebagai pengasuh di Yan sebelum dia berhenti bekerja dan menghilangkan diri. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan