Isnin, 11 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

70 isteri YB keracunan

Posted: 10 Jul 2011 05:00 PM PDT

70 isteri YB keracunan KUALA TERENGGANU – Seramai 70 isteri wakil rakyat yang menyertai Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia di sini mengalami cirit-birit, pening dan muntah akibat keracunan makanan, kelmarin.

Berikutan itu, 17 daripada mereka dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menerima rawatan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr A Rahman Mokhtar berkata, bagaimanapun, hanya 14 orang ditempatkan di wad manakala tiga lagi hanya dirawat sebagai pesakit luar.

"Selebihnya iaitu 53 orang pula mendapat rawatan di klinik statik yang kita sediakan di hotel penginapan masing-masing," katanya ketika ditemui semasa melawat isteri wakil rakyat berkenaan di HSNZ, di sini kelmarin.

Menurut Dr A Rahman, kebanyakan mangsa mula muntah, pening dan cirit-birit bermula jam 1 pagi kelmarin dan selepas dirawat keadaan mereka dilaporkan stabil dan tidak membimbangkan.

Beliau berkata, kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada hidangan lokan, ketupat sotong dan laksa yang disediakan pada satu majlis makan malam, kelmarin.

Berikutan kejadian itu katanya, Jabatan Kesihatan mengambil sampel makanan tersebut untuk diuji di Jabatan Kimia dan pihaknya kini menunggu laporan ujian.

Sementara itu, isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Selangor, Datin Norliah Nohd Nazir ketika ditemui di HSNZ berkata, beliau mula mengalami sakit perut dan muntah selepas pulang dari makan malam.

Menurutnya, akibat tidak tahan dengan keadaan itu dia akhirnya berjumpa doktor di klinik statik yang ada di Hotel Permai Inn, tempat beliau menginap dan diberikan ubat namun keadaan tidak berubah.

"Saya kemudian dihantar ke HSNZ bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya yang tidak menyalahkan mana-mana pihak dan menganggap insiden itu sebagai peristiwa tidak dijangka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved