Isnin, 11 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Sepinggan RM25 untuk setiap tahanan

Posted: 10 Jul 2011 05:00 PM PDT

Sepinggan RM25 untuk setiap tahanan KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan RM25 setiap hidangan untuk diberikan kepada penyokong Bersih 2.0 yang ditahan dalam perhimpunan haram di ibu negara, kelmarin.

Ini bermakna sebanyak RM42,425 diperuntukkan untuk juadah bufet yang disediakan bagi menampung 1,697 individu ditahan.

Ini sekali gus menafikan dakwaan, bahawa tahanan dilayan tanpa belas kasihan.

:Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, bukan hanya makanan umpama kenduri kahwin, polis turut menyediakan tempat solat untuk tahanan beragama Islam di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak.

"Bagaimana boleh timbul dakwaan itu? Semua kemudahan termasuk makanan bufet berharga RM25 setiap kepala disediakan.

"Mereka perlu tahu, anggota polis yang bertugas sebelum, semasa dan selepas perhimpunan hanya diberi makanan bungkus. Ada juga yang tidak sempat menjamah makanan demi tugas," katanya di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur, semalam.

Kelmarin, laman Facebook, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaparkan gambar peserta perhimpunan yang ditahan, sebelum menjalani proses dokumentasi.

Selain ruang solat, bilik rawatan perubatan juga disediakan bagi memberi keselesaan kepada peserta.

Amar Singh berkata, selain Pulapol, balai polis di Jinjang dan Cheras turut dijadikan pusat tahanan sementara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KL kembali bernafas

Posted: 10 Jul 2011 05:00 PM PDT

KL kembali bernafas KUALA LUMPUR - Setelah 24 jam berada dalam keadaan lengang dan dikawal polis sepenuhnya keseluruhan keadaan ibu kota, kembali pulih seperti biasa, semalam.

Kebanyakan jalan-jalan utama dibuka semula bagi membolehkan warga kota meneruskan kehidupan.

Walau bagaimanapun, tinjauan Sinar Harian tengah hari semalam, polis masih lagi, menutup jalan di sekitar Dataran Merdeka dan menempatkan dua kenderaan FRU di tengah jalan raya sebagai langkah berjaga-jaga.

Langkah penutupan itu, tidak menghalang pelancong untuk terus mengunjungi Dataran Merdeka.

Antara jalan-jalan yang kembali stabil adalah Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Pudu, Jalan Bukit Bintang, Jalan Tun Perak dan Jalan Mahameru.

Stesen Sentral Kuala Lumpur juga berfungsi seperti biasa, dengan orang ramai kembali menggunakan kemudahan pengangkutan awam seperti KTM Komuter dan LRT Putra.

Kesempatan sama juga digunakan peniaga dan pengusaha restoran bagi memulakan semula perniagaan seperti biasa, namun jumlah orang ramai yang memasuki ibu kota masih berkurangan berbanding cuti hujung minggu lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved