Isnin, 11 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


JPA akan siasat sekiranya penjawat awam terbabit dalam perhimpunan haram

Posted: 10 Jul 2011 05:00 PM PDT

JPA akan siasat sekiranya penjawat awam terbabit dalam perhimpunan haram

KUALA LUMPUR - Tindakan disiplin akan diambil terhadap penjawat awam yang didapati terlibat dalam perhimpunan haram pada Sabtu lepas sama ada secara langsung atau tidak, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Beliau berkata tindakan terhadap penajwat awam itu juga bergantung sama ada mereka terlibat dalam demonstrasi itu secara aktif atau sekadar tidak langsung menerusi pengedaran baju atau peralatan berkaitan perhimpunan.

Sehingga kini, JPA masih belum menerima sebarang laporan mengenai penglibatan penjawat awam dalam perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) atau Pemuda Umno, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Wacana Eksekutif Institut Latihan Awam Negara (Intan) bertema "Agenda Transformasi Kerajaan: Peranan dan Hala Tuju Institusi Latihan Awam" di sini hari ini, yang disertai 250 peserta dari 364 institusi latihan awam di seluruh negara.

JPA pada 30 Jun lepas telah mengeluarkan pekeliling yang melarang penglibatan pegawai awam dalam perhimpunan haram atau gerakan yang mengancam keselamatan negara.

Pekeliling tiga halaman itu mengingatkan penjawat awam supaya tidak terbabit secara aktif, menghadiri atau menggunakan peralatan pejabat untuk penganjuran mana-mana gerakan ataupun perhimpunan haram.

Kementerian Pelajaran turut mengeluarkan pekeliling pada tarikh yang sama yang memberi peringatan kepada pegawai, kakitangan dan pelajar sekolah, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru agar tidak terlibat dalam perhimpunan haram.

Ditanya mengenai Sistem Bersepadu Potensi Penjawat Awam (Prospek), beliau berkata ia masih di peringkat perbincangan bagi mencapai persetujuan antara JPA dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Bulan lepas, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman menuntut agar di bawah Prospek yang akan menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), penjawat awam akan terus mendapat kenaikan pangkat selepas menghadiri kursus tanpa perlu menunggu kekosongan jawatan.

Cuepacs turut menuntut agar pemberian insentif kepada penjawat awam dinaikkan terus kepada tiga kenaikan kerana ketika sistem PTK dilaksanakan, ia mempunyai aras melintang dan menegak bagaimanapun ia tidak disediakan dalam Prospek.

Mengenai cadangan agar bekas anggota tentera diserapkan dalam agensi perkhidmatan awam pula, Abu Bakar berkata pengambilan mereka adalah bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk jawatan guru.

Sekiranya bekas anggota tentera itu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan maka SPA dan SPP akan mempertimbangkan dan membuat keputusan untuk mengambil mereka berkhidmat dalam sektor awam, katanya.

Pada Jun lepas, Panglima Angkatan Tentara Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, ATM akan berbincang dengan JPA mengenai kemungkinan menyerapkan anggotanya yang telah bersara ke dalam lebih banyak agensi perkhidmatan awam.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pekerja Majlis Daerah Manjung maut dihempap lori dalam kemalangan

Posted: 10 Jul 2011 05:00 PM PDT

Pekerja Majlis Daerah Manjung maut dihempap lori dalam kemalangan

IPOH - Seorang pekerja Majlis Daerah Manjung maut akibat dihempap lori selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan lori berkenaan di Kilometer 5, Jalan Ipoh-Sitiawan hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd Jamil Osman berkata, pekerja berkenaan, Abu bakar Ariffin, 54, dari Taman Sungai Wang, Setiawan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan itu berlaku pada kira-kira 7.15 pagi ketika Abu Bakar dalam perjalanan ke tempat kerja dan mayatnya dihantar ke Hospital Manjung untuk bedah siasat, katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pemandu lori berusia dalam lingkungan 40-an hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital yang sama. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved