Isnin, 11 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Mayat ditetak tertiarap dalam lubang najis

Posted: 10 Jul 2011 05:00 PM PDT

Mayat ditetak tertiarap dalam lubang najis GOMBAK – Mayat seorang lelaki warga asing ditemui dengan kesan tetakan di kepala dalam lubang najis berdekatan sebuah kilang simen terbiar, di kawasan Perindustrian Rawang, di sini, petang semalam.

Mayat lelaki tanpa identiti itu ditemui orang awam kira-kira jam 1 petang sebelum perkara itu dimaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat mayat seorang lelaki tertiarap dalam lubang najis sedalam 1.8 meter.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu sudah kembang dan dianggarkan mati antara 2 hingga tiga hari lalu.

"Kita temui kesan tetakan di kepalanya dipercayai ditetak dengan menggunakan kapak.

"Senjata (kapak) turut kita jumpa dalam semak, kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian," katanya, semalam.

Abdul Rahim berkata, mangsa mungkin bergelut lebih seorang individu sebelum dibunuh dan mayatnya dicampakkan ke situ.

Menurutnya, polis menemui kesan tompokan darah dari lantai simen kilang berdekatan sehingga ke kawasan lubang najis itu.

"Kita percaya mangsa dibunuh dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata, polis bagaimanapun tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri mangsa.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61385222 bagi membantu siasatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Minta wujud suruhanjaya diraja selesaikan masalah pendatang

Posted: 10 Jul 2011 05:00 PM PDT

Minta wujud suruhanjaya diraja selesaikan masalah pendatang

PENAMPANG - Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) terus mengharapkan maklum balas positif daripada Kabinet Persekutuan berhubung penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menangani isu pendatang di Sabah.

Presidennya, Tan Sri Bernard Dompok berkata, memandangkan masih belum terdapat kata putus daripada Kerajaan Pusat tentang penubuhan suruhanjaya itu, beliau akan terus bersuara mengenainya.

"Saya rasa beberapa pemimpin kerajaan dapat melihat lojik di sebalik permohonan kita itu," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tiga tahun sekali UPKO Bahagian Penampang di sini, semalam.

Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, adalah antara beberapa pemimpin yang memperjuangkan penubuhan suruhanjaya berkenaan untuk mengkaji jumlah warga asing diberi kerakyatan dan hak mengundi secara tidak sah di negeri itu.

Mengenai UPKO, Dompok berkata, parti itu membuat keputusan menangguhkan pemilihan jawatan di peringkat pusat yang sepatutnya diadakan pada hujung tahun ini supaya tidak mengganggu persiapannya menghadapi pilihan raya umum. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved