Isnin, 11 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

RM2.3j salur bekalan elektrik

Posted: 10 Jul 2011 05:00 PM PDT

RM2.3j salur bekalan elektrik BATANG KALI – Penduduk Orang Asli Kampung Songkok di sini, kini boleh menikmati kemudahan bekalan elektrik setelah penyaluran bekalan itu dilaksanakan sepenuhnya ke kampung berkenaan, semalam.

Pengurus Besar Kanan Operasi Wilayah 1, Bahagian Pembahagian, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ir Mustafa Din berkata, kos sejumlah RM2.3 juta digunakan bagi memastikan bekalan itu dapat disalurkan ke kampung berkenaan.

"Kampung Songkok ini terletak jauh daripada punca bekalan elektrik dan TNB perlu menggunakan 7,500 meter talian untuk disambungkan ke kampung ini.

"Melalui kos tersebut, TNB dapat melaksanakan penyaluran sempurna dengan penggunaan sebanyak 267 batang elektrik dan ia menjadi projek bekalan elektrik terbesar di luar bandar di Selangor," katanya ketika berucap pada Program Komuniti Bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Songkok, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengurus Besar Kanan Operasi Wilayah 2, Bahagian Pembahagian TNB, Datuk Roslan Abdul Rahman; Pengurus Kawasan TNB (Rawang), Ir Ahmad Rezahan Mohammad dan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Selangor dan Wilayah Persekutuan; Azli Mohamed.

Turut hadir, Pegawai Jakoa Daerah Hulu Selangor, Zainal Abidin Mat; Tok Batin, Alam Supah dan Presiden Malaysian Relief Agency (MRA), Datuk Dr Razak Kechik.

Mustafa berkata, TNB turut membantu penduduk di sini dengan pemberian RM20 percuma bagi penggunaan bekalan elektrik setiap bulan.

Beliau juga berharap dengan adanya bekalan elektrik itu, penduduk dapat melakukan aktiviti harian dengan sempurna selain memanfaatkan kemudahan itu untuk pendidikan anak-anak.

Sementara itu, Alam menasihatkan penduduk kampung supaya memanfaatkan sepenuhnya kemudahan bekalan elektrik dengan melakukan penjimatan dan menunaikan tanggungjawab menjelaskan bil elektrik.

Menurutnya, kerajaan memberikan banyak kemudahan dan keistimewaan kepada masyarakat Orang Asli termasuk pendidikan dan perubatan.

"Justeru, menjadi tanggungjawab untuk sama-sama memanfaatkan kemudahan elektrik yang turut dibekalkan dengan RM20 percuma," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved