Isnin, 11 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Pasang alat rekod radiasi

Posted: 10 Jul 2011 05:00 PM PDT

Pasang alat rekod radiasi KUANTAN – Sebanyak dua alat pengesan radiasi bernilai RM1.4 juta akan dipasang di dua lokasi yang ditetapkan bagi membolehkan kadar radiasi direkodkan dan dilihat sendiri masyarakat setempat.

Pengarah Urusan Lynas Malaysia, Datuk Mashal Ahmad berkata, alat yang dikenali sebagai Environmental Radiation Monitoring System atau Sistem Pemantauan Radiasi Sekeliling itu berkeupayaan mengesan semua jenis radiasi di udara.

Menurutnya, alat yang diimport dari Austria itu dijangka tiba dalam tempoh tiga bulan lagi dan akan dipasang di pejabat Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) yang dibina di tapak itu bertujuan memantau kilang itu.

"Satu unit lagi akan dipasang di lokasi membabitkan penduduk di kawasan ini supaya meningkatkan keyakinan bahawa kilang ini selamat. Mereka juga boleh datang melihat sendiri bacaan radiasi pada alat itu," katanya kepada pemberita sempena Lawatan Ketua Pengarah AELB, Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan ke tapak kilang Lynas di Gebeng, semalam.

Bagaimanapun, katanya, kadar radiasi sebenarnya tidak seperti yang digambarkan masyarakat sebelum ini namun pemasangan alat itu diharap dapat menghilangkan kebimbangan penduduk setempat.

Beliau berkata, alat itu banyak digunakan di Eropah untuk tujuan sama dan akan dikendalikan pegawai yang berpengalaman dalam bidang berkenaan.

Terdahulu dalam ucapannya, Mashal berkata, pihaknya sukar memberi penjelasan kepada orang ramai kerana fakta sebenar diputarbelitkan untuk tujuan politik.

"Kita tidak boleh menjelaskan perkara sebenar kerana ada yang menganggap bahawa Lynas adalah kilang nuklear dan banyak fakta yang tidak betul diterima masyarakat," katanya.

Mashal berkata, pihaknya berpuas hati kerana ramai yang sudah berubah persepsi selain pemeriksaan dan kawalan ketat kerajaan juga membolehkan pembinaan kilang itu diteruskan.

Lebih 300 penduduk Balok dan sekitarnya dibawa melawat kilang itu untuk memberi gambaran sebenar mengenai pembinaannya termasuk penerangan terperinci.

Mashal turut menyampaikan kunci pejabat sementara AELB kepada Ketua Cawangan AELB Zon Timur, Rozman Mohd Tahar khusus untuk pemantauan setiap hari dalam tempoh 24 jam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved