Isnin, 11 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Ubat haram

Posted: 10 Jul 2011 05:00 PM PDT

Ubat haram GEORGETOWN - Tiga premis termasuk dua kilang kecil dan stor yang terletak di Jalan Pintal Tali dekat sini diserbu 40 pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu operasi membanteras ubat-ubatan yang tidak berdaftar.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Penguat kuasa Farmasi negeri, Mokhtar Abdullah berkata, operasi yang dinamakan 'Operasi Ubat' itu bermula kira-kira jam 2.30 petang dengan serbuan pertamanya di premis yang dijadikan stor menyimpan pelbagai ubat tidak berdaftar itu.

"Operasi Ubat' dijalankan di gerai-gerai di pasar pagi yang menjual ubat tidak berdaftar serta premis-premis yang disyaki menyimpan serta membuat ubat yang tidak didaftar dengan KKM. Operasi hari ini (semalam), kita menyerbu dua kilang kecil serta premis yang menyimpan pelbagai ubat tidak berdaftar antaranya ubat tradisional, ubat perangsang seks serta ubat batuk.

"Kita merampas lebih 100 kotak yang mengandungi 15 jenis ubat yang mana setiap jenis mengandungi jumlah yang banyak dan menjadikan nilai anggaran kesemuanya adalah RM150,000. Ubat-ubat ini tidak berdaftar manakala status kilang ini pula dibatalkan lesen pengilangannya beberapa tahun lalu," katanya kepada media semalam.

Menurutnya, ubat-ubatan di premis itu pernah didaftar namun pendaftarannya dibatalkan berikutan tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan KKM.

"Setiap ubat yang dihasilkan, perlu mendapat kelulusan daripada KKM dan kita yang mengeluarkan lesen jika ubat yang dihasilkan menepati spesifikasi yang ditetapkan serta tidak memenuhi standard pengilang KKM. Tempoh setiap lesen yang dikeluarkan mempunyai tarikh luput iaitu setiap lima tahun perlu diperbaharui.

"Kes ini disiasat di bawah Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM25,000 untuk pemilik (individu) manakala RM50,000 untuk syarikat dan penjara tiga tahun," katanya.

Mokhtar berkata, 'Operasi Ubat' melibatkan 40 pegawai KKM dari Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan serta Kuala Lumpur yang menyasarkan premis serta gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis ubat yang tidak berdaftar.

Menurutnya, sehingga kini, pihaknya sudah menjalankan operasi membanteras penjualan dan penghasilan ubat tidak berdaftar di beberapa kawasan di negeri ini antaranya Bukit Mertajam, Balik Pulau dan Georgetown.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved