Isnin, 11 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Hospital kerajaan, swasta diiktiraf Hospital Rakan Bayi

Posted: 10 Jul 2011 05:00 PM PDT

Hospital kerajaan, swasta diiktiraf Hospital Rakan Bayi TELUK INTAN - Semua hospital milik kerajaan dan swasta di negeri ini diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi di mana telah wujud Kumpulan Penyokong Susu lbu yang terdiri daripada sukarelawan individu dan penjawat awam.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Datin Dr P Ranjit Kaur berkata, Hospital Rakan Bayi itu berperanan mempromosikan penyusuan ibu kepada bakal-bakal ibu muda yang kebanyakannya tidak mengetahui cara menyusu bayi dengan betul.

Menurutnya, sejak kebelakangan ini, pihaknya menerima aduan mengenai pelbagai masalah kesihatan yang membabitkan bayi dan kanak-kanak.

"Penyakit cirit birit, jangkitan pernafasan, kekurangan zat makanan dan diabetes semakin meningkat dalam kalangan bayi dan ini dapat diatasi dengan cara menyusukan bayi yang mampu melindungi bayi daripada serangan Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS).

"Di Negeri Perak, data penyusuan ibu yang terkini hingga Mei lalu, mencatat 38.8 peratus bayi yang dilahirkan telah diberi penyusuan ibu selama empat bulan," katanya.

:Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia peringkat Negeri di Arena Square, kelmarin.

Hadir sama, isteri kepada Menteri Pertahanan, Datin Seri Hamidah Khamis yang turut merasmikan majlis itu.

Ranjit berkata, manakala 17.8 peratus bayi disusukan secara eksekutif sehingga enam bulan, kadar itu mencapai sasaran dari aspek penyusuan ibu yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan iaitu 26 peratus untuk empat bulan dan 15 peratus untuk enam bulan," katanya.

Menurutnya, Minggu Penyusuan lbu yang disambut tiap tahun adalah pengiktirafan dan penghargaan kepada pengorbanan serta jasa ibu yang sanggup bersabung nyawa demi keluarga.

"Apa yang mustahak susu ibu untuk membesarkan anak-anak diperakui dalam mesyuarat global Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang menyatakan untuk mendapat kesihatan dan pemakanan optimal, susu ibu perlu diutamakan bagi bayi sehingga berusia 6 bulan," katanya.

Dalam perkembangan sama, Hamidah berkata, susu ibu adalah campuran zat makanan yang cukup sempurna kerana terdapat beberapa jenis hormon dan protein yang baik untuk kesihatan dan pertumbuhan bayi.

Katanya, Kerajaan telah memberi pengiktirafan kepada kakitangan wanita yang bersalin dengan memberi cuti 90 hari bagi membolehkan mereka memberi susu kepada bayi secara lebih selesa.

"Selain itu agensi Kerajaan telah mewujudkan Pusat Jagaan Bayi di tempat kerja bagi membolehkan ibu yang bekerja menyusukan bayi mereka secara lebih telus.

"Saya mahu badan bukan kerajaan (NGO) dan Pertubuhan Wanita memberi penekanan yang serius terhadap penyusuan susu ibu kepada bayi ke arah melahirkan generasi muda yang berdaya saing di masa depan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved