Selasa, 12 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gaduh sebab RM50

Posted: 11 Jul 2011 05:00 PM PDT

Gaduh sebab RM50 REMBAU – Seorang pelajar Tingkatan Tiga bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) cedera di muka dan badan, serta sesak nafas, dipukul tiga pelajar Tingkatan Lima sekolah sama, malam kelmarin.

Kejadian berlaku jam 11.30 malam di bilik asrama berkenaan dan pergaduhan itu disedari guru mereka sebaik dimaklumkan seorang kakitangan selepas mangsa tidak pergi ke sekolah kerana lemah.

Menurut sumber, guru itu curiga dengan keadaan mangsa, mendesak mangsa menceritakan kejadian sebenar dan mangsa akhirnya memberitahu dia dipukul.

"Kejadian ini dipercayai berpunca kehilangan wang RM50 milik adik seorang pelajar tingkatan lima bulan lalu. Bagaimanapun, kehilangan wang berkenaan terbongkar selepas rakan pelajar yang hilang wang itu memaklumkan kepada abang rakannya," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom, ketika dihubungi, sahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, ketiga-tiga pelajar tingkatan lima terbabit sudah dipanggil untuk memberikan keterangan.

Kena belasah gara-gara cuba curi bumbung rumah

Posted: 11 Jul 2011 05:00 PM PDT

Kena belasah gara-gara cuba curi bumbung rumah GOMBAK – Gara-gara cuba mencuri bumbung rumah, seorang lelaki dipercayai hampir putus telinga selepas dibelasah penduduk kampung di Kampung Nakhoda di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah (gambar) berkata, suspek bersama dua rakannya yang kesemuanya berusia lingkungan awal 20-an, dikesan penduduk cuba mencuri.

"Dua daripada suspek itu berjaya melarikan diri, manakala seorang ditahan penduduk yang kemudiannya menghubungi polis peronda, bagi mendapatkan bantuan.

"Suspek dibawa ke Hospital Selayang bagi menerima rawatan sebelum dibawa ke balai polis untuk siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek dipercayai tinggal berhampiran lokasi kejadian.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved