Selasa, 12 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Sukar kebumi jenazah

Posted: 11 Jul 2011 05:00 PM PDT

Sukar kebumi jenazah KAMPUNG PERPAT - Kira-kira 500 penduduk Kampung Perpat dan saudara baru dalam kalangan Orang Asli di Kampung Kemendol, di sini, memohon kerajaan meluluskan tanah perkuburan Islam yang sudah lama dimohon mereka di kampung itu.

Imam Masjid Perpat, Mohd Nazlifah Mohamad berkata, bilangan penduduk yang semakin meningkat dan pertambahan kes kematian di kawasan itu menyebabkan kampung berkenaan memerlukan tanah perkuburan sendiri.

Menurutnya, selama ini jenazah penduduk di situ terpaksa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Rompin atau dikebumikan di kampung asal si mati.

"Ada juga kes menyebabkan jenazah si mati terpaksa dikebumikan di kampung tempat tinggal ibu dan bapa mereka seperti di Kampung Simpang Sepayang, Pontian atau di Janglau yang terletak jauh dari kampung ini.

"Keadaan ini sudah tentu memberi kesukaran kepada penduduk, tambahan pula bilangan penduduk di sini semakin bertambah," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Nazlifah berkata, Jawatankuasa Khairat Kematian Kampung Perpat bersepakat untuk menjadikan kawasan berhampiran Jalan Ladang Felcra Tanjung 100, sebagai tapak tanah perkuburan Islam.

"Permohonan yang dikemukakan masih menunggu kebenaran daripada Pejabat Tanah dan Daerah Rompin untuk proses kelulusan dan berharap masalah ini dapat ditangani segera," katanya.

Beliau berkata, dengan adanya tanah perkuburan itu, segala masalah pengebumian jenazah dapat dikendalikan segera.

"Biasanya berlaku masalah tempat pengebumian jenazah sama ada mahu dikebumikan di Rompin atau di tempat tinggal asal si mati kerana tiada ketetapan dibuat berhubung perkara ini," katanya.

Selain itu, Mohd Nazlifah berkata, penduduk juga berhadapan masalah pengangkutan sehingga terpaksa menggunakan van sekolah untuk membawa jenazah.

"Kita berharap ada mana-mana pihak atau syarikat korporat dapat menyumbang sebuah van untuk kegunaan membawa jenazah ke tanah perkuburan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved