Selasa, 12 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tulang manusia ditemui

Posted: 11 Jul 2011 05:00 PM PDT

Tulang manusia ditemui KULAIJAYA – Pekerja ladang kelapa sawit di Jalan HKT Saleng, di sini gempar apabila salah seorang dari mereka menemui serpihan tulang dipercayai milik manusia ketika sedang memotong buah kelapa sawit kira-kira jam 9.45 pagi, semalam.

Dia kemudiannya segera memaklumkan penemuan itu kepada pihak pengurusan ladang yang seterusnya bertindak menghubungi pihak polis bagi membuat siasatan lanjut.

Manakala lokasi penemuan tulang berkenaan terletak kira-kira satu kilometer (km) dari simpang masuk jalan utama iaitu bermula dari laluan kereta api dan dikelilingi pokok kelapa sawit.

Sinar Harian difahamkan, si mati mungkin telah meninggal dunia kira-kira enam bulan lalu berikutan keadaan jasadnya yang hanya tinggal serpihan tulang serta sudah mereput dan tidak berbau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, pihak polis bergegas ke tempat kejadian setelah mendapat makluman dari orang awam yang menemui tengkorak dan beberapa serpihan tulang manusia.

"Siasatan awal telah dijalankan bersama pasukan forensik dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) dan mendapati terdapat satu tulang tengkorak, tulang punggung dan kaki serta cebisan rambut.

"Bagaimanapun kecederaan yang dialami si mati masih belum dapat dikenal pasti berikutan terdapat sedikit kesukaran," katanya.

Dalam pada itu Zulkefly berkata, setakat ini kejadian berkenaan disiasat sebagai kes laporan mati mengejut (SDR) terlebih dahulu sehingga laporan bedah siasat daripada pihak patologi diperoleh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved