Selasa, 12 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Bukan salah penganjur: Nik Aziz

Posted: 11 Jul 2011 05:00 PM PDT

Bukan salah penganjur: Nik Aziz KOTA BHARU – Penganjur demonstrasi Bersih 2.0 tidak boleh dipersalahkan atas kekecohan yang berlaku di Kuala Lumpur Sabtu lalu, malah tindakan pihak berkuasa menyekat hasrat menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dilihat sebagai punca ia tercetus.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, rakyat yang berhimpun bagi menuntut pilihan raya adil itu sepatutnya diberi peluang meluahkan ketidakpuasan hati mereka, bukannya disekat.

Menurutnya, rakyat tidak sanggup menghabiskan masa, wang serta meninggalkan keluarga untuk menyertainya sekiranya kekotoran tidak berlaku dalam pilihan raya.

"Kerana ada kekotoranlah, maka rakyat sanggup berkumpul walaupun dilarang polis dan kita kena ingat yang terlibat dalam demonstrasi ini bukan orang kampung, tapi golongan intelektual malah diketuai pengamal undang-undang, Datuk S Ambiga.

"Kenapa tidak benar demonstrasi? Adakah kerana nak tutup kejahatan? Tak payah tutup, semua orang tahu, tapi bila polis sekat maka berlakulah kejadian yang dikatakan sebagai keganasan," katanya.

Beliau menyifatkan gerakan demonstrasi tersebut seperti air dari langit turun ke bumi yang memasuki rumah dan kampung sekiranya 'alirannya' disekat.

"Tak payah sekat, biar dia turun ke laut, jiwa manusia ni kalau disekat dia melawanlah, rakyat marah bila demokrasi disekat seperti ini," katanya.

Beliau berkata demikian sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini kelmarin daripada mengerjakan umrah.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau mengikuti perkembangan mengenai demonstrasi Bersih 2.0 ketika berada di luar negara dan terlalu kecewa dengan tindakan pihak berkuasa.

Katanya, beliau juga kecewa dengan penangkapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Atas kesalahan apa Haji Hadi ditangkap, dia tak kacau orang, atas dasar apa tangkap dia.

"Kita bukan nak buat kacau tapi berilah peluang kami meluahkan masalah ini kepada Yang di-Pertuan Agong yang kita anggap sebagai bapa kepada seluruh rakyat negara ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kajian gaji minimum swasta dibentang

Posted: 11 Jul 2011 05:00 PM PDT

Kajian gaji minimum swasta dibentang KOTA KINABALU - Rang Undang-undang Majlis Konsultasi Gaji Kebangsaan, yang berperanan mengkaji isu gaji minimum sektor swasta di negara ini, akan dibentangkan di Dewan Negara hari ini, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan.

Beliau berkata, rang undang-undang itu diluluskan Dewan Rakyat baru-baru ini akan dibentangkan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.

"Rang Undang-undang ini jika diluluskan dan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, ia akan menjadi satu undang-undang (akta) yang membolehkan kerajaan melantik Majlis Konsultasi Gaji Negara yang berperanan memberi input dan nasihat kepada kerajaan untuk membuat penyelarasan gaji minimum.

"Mereka ini terdiri daripada wakil pekerja, profesional dan perseorangan yang pakar dalam bidang ini dan mereka memberi input kepada kerajaan dan sekurang-kurangnya dua tahun sekali majlis ini akan menasihati kerajaan tentang kedudukan gaji minimum di negara ini," katanya.

Maznah berkata, demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2011 peringkat kebangsaan di Menara Tun Mustapha, dekat sini semalam.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Yee Moh Chai yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Maznah berkata, kerajaan akan mengambil kira pandangan dan hasil perundingan majlis itu sebelum menetapkan gaji minimum bagi sektor swasta kelak.

Beliau berkata, gaji minimum itu dijangka dapat dilaksanakan pada penghujung tahun ini.

Ditanya sama ada penyelarasan gaji minimum itu turut dilaksanakan di Sabah dan Sarawak yang masing-masing mempunyai undang-undang buruh sendiri, Maznah berkata, kedua-dua negeri diharap dapat menerima pakai undang-undang gaji minimum �pekerja swasta yang ditetapkan kelak. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved