SH |
Anak babi, biawak dan itik disangka bom Posted: 11 Jul 2011 05:00 PM PDT Anak babi, biawak dan itik disangka bom
GEORGETOWN - Panggilan telefon mendakwa ada bom di Komtar, di sini semalam, yang memaksa polis mengosongkan bangunan itu membawa kepada penemuan tiga beg yang masing-masing mengandungi seekor anak babi, biawak dan itik hitam. Beg berwarna biru, hitam dan merah itu ditemui ditinggalkan di depan pintu lif di tingkat tiga bangunan yang menempatkan pejabat kerajaan termasuk Pejabat Ketua Menteri tersebut. Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu. "Ini kerja gila dan kita akan siasat. Ini perbuatan tidak bertanggungjawab dan boleh mengundang padah. Saya bagi amaran kepada semua, jangan main-main. Ini sudah melampau," katanya ketika dihubungi. Mengulas kejadian itu, Ayub berkata, polis menerima panggilan ancaman bom kira-kira jam 4 petang. Susulan itu, polis mengosongkan Komtar dan sepasukan Unit Pengesan Bom dan Unit Anjing Pengesan K9 dihantar ke situ. Polis menemui tiga beg mencurigakan, namun apabila dibuka masing-masing mengandungi tiga ekor anak haiwan terbabit. Ayub berkata, usaha mengesan pelaku sedang dibuat termasuk memeriksa rakaman kamera litar tertutup. Kejadian dipercayai dilakukan pihak yang tidak berpuas hati dengan pemimpin Kerajaan Negeri berdasarkan tag nama diikat pada beg itu.- Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 11 Jul 2011 05:00 PM PDT Anak babi, biawak dan itik disangka bom

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan