SH |
Posted: 11 Jul 2011 05:00 PM PDT Cebisan daging dalam sampah
PETALING JAYA – Seorang pekerja pembersihan di sebuah kondominium di Bandar Sri Damansara dekat sini menggigil ketakutan apabila beg plastik yang disangkanya mengandungi sampah rupa-rupanya mengandungi darah dan cebisan daging selepas plastik itu terburai akibat terjatuh.
Pekerja berkenaan, Sumiati Nawi, 50, berkata, ketika kejadian dia sedang menjalankan tugas hariannya membersihkan bilik sampah di blok B kira-kira jam 8 pagi sebelum menemui bungkusan plastik berwarna hitam "Beg plastik hitam itu memang dilonggokkan bersama sampah yang lain di dalam bilik itu, saya angkat beg plastik itu dan letakkannya di atas troli sebelum ia secara tidak sengaja tiba-tiba bergolek dan jatuh ke lantai," katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam. Panik melihat bungkusan plastik kecil berwarna merah di dalamnya menghamburkan darah, dia bergegas melaporkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan bertugas yang kemudiannya bertindak menghubungi polis. Menurutnya, kejadian terbabit adalah kali pertama berlaku sejak dia mula bekerja di situ sejak setahun lalu. Pasukan Forensik yang menjalankan pemeriksaan terperinci di sekitar kawasan itu turut menemui bahan lain yang boleh dikaitkan dengan penemuan beg plastik yang mengandungi darah itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi berkata, pihaknya belum dapat mengenal pasti sama ada darah dan cebisan daging yang ditemui milik manusia ataupun tidak. Menurutnya, bahan yang ditemui itu dibawa ke makmal untuk menjalani ujian kimia terlebih dahulu bagi mengesahkan kandungannya dan kes berkenaan masih di dalam siasatan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan