Selasa, 12 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


BMAM, Allianz meterai perjanjian

Posted: 11 Jul 2011 05:00 PM PDT

BMAM, Allianz meterai perjanjian Persatuan Pengurusan Bangunan Malaysia (BMAM) menandatangani perjanjian persefahaman dengan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (AGIC) dalam menyediakan polisi komprehensif Insurans Liabiliti Pengurusan Bangunan.

Presiden BMAM, Datuk Teo Chiang Kok berkata, perjanjian persefahaman itu berkuat kuasa 1 Julai ini dan terbuka kepada 56 ahli serta pengurus bangunan berdaftar BMAM.

Menurutnya, polisi itu meliputi pelbagai risiko dan liabiliti yang selalunya dihadapi pengurus bangunan semasa menjalankan tugas dalam mempertahankan dan menguruskan bangunan perindustrian, komersial dan residensi.

"Perjanjian usaha sama ini bertujuan meningkatkan dasar profesionalisme dan kepakaran pengurus hartanah dalam menghadapi tugas mereka menguruskan bangunan.

"Ia sekali gus meyakinkan pemilik bangunan menjalinkan kerjasama dengan pengurus hartanah," katanya.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif AGIC, Zakri Khir; Pengurus Cawangan AGIC, Fang Suat Lim dan Setiausaha Besar BMAM, S Venkateswaran.

Sementara itu, Zakri berkata, skim ditawarkan adalah polisi dibuat khusus untuk memenuhi keperluan liabiliti dan risiko ahli BMAM yang juga pengurus bangunan berdaftar, badan pengurusan bersatu dan pengurusan perbadanan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KL MRT pemacu utama sektor pembinaan

Posted: 11 Jul 2011 05:00 PM PDT

KL MRT pemacu utama sektor pembinaan Sistem Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) merupakan pemacu utama sektor pembinaan, kata OSK Research Sdn Bhd.

Ia mengekalkan penarafan 'beli lebih' untuk sektor itu.

Dalam nota kajiannya, OSK Research berkata, selain Gamuda dan MMC selaku penerima manfaat utama KL MRT, KimLun Corp berpotensi membekalkan segmen lapisan terowong untuk laluan bawah tanah.

Jajaran akhir MRT sepanjang 51 kilometer (km) antara Sungai Buloh-Kajang (SBK), dengan 9.5 km melalui jalan bawah tanah, dilancarkan Jumaat lalu.

OSK Research menjangkakan tender untuk laluan bertingkat SBK akan dilaksanakan mulai sekarang hingga September.

Laluan bertingkat berharga RM12 bilion itu melibatkan lebih 20 pakej dan kira-kira 70 kontraktor mempunyai kelayakan awal untuk melaksanakannya.

Proses pra-kelayakan untuk kerja terowong sudah ditutup.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved