Selasa, 12 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Hangus: Angkara mat gian

Posted: 11 Jul 2011 05:00 PM PDT

Hangus: Angkara mat gian KAMPUNG PALOH – "Habis harta benda, dokumen penting malahan motosikal saya hangus. Nasib baik saya berjaya selamatkan diri daripada menjadi mangsa kebakaran ini," kata Ng Koi Wang, 46, mangsa yang tercedera dalam kejadian kebakaran di kawasan rumah setinggan sini, petang semalam.

Koi Wang mendakwa kebakaran itu dilakukan seorang penagih dadah yang tinggal berhampiran kawasan terbabit.

"Ketika kejadian saya sedang tidur berseorangan di rumah manakala dua rumah bersebelahan tidak berpenghuni.

"Kira-kira jam 1 lebih saya terbau asap dan kelihatan api sudah mula marak dan masuk ke dalam rumah menyebabkan saya kelam kabut untuk selamatkan diri.

"Nasib baik hanya bahu dan tangan saya yang melecur serta tidak ada kecederaan serius menimpa saya," katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu.

Dalam kejadian itu, sebanyak tiga rumah musnah manakala kira-kira 10 rumah lain turut terkena tempias.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R Ganesan turut meluangkan masa melawat ke tempat kejadian.

Sementara itu, Timbalan Penguat kuasa Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh, P Samasuvam berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 1.28 petang.

Menurutnya, panggilan berkenaan menyebut terdapat kawasan belukar yang terbakar.

"Bagaimanapun, apabila tiba di tempat kejadian kami mendapati ia membabitkan tiga rumah dan kerja memadam kebakaran dijalankan segera," katanya.

Beliau berkata, api marak dengan pantas memandangkan struktur rumah di kawasan itu diperbuat daripada kayu, bagaimanapun api berjaya dikawal melalui kekuatan dua jentera dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh termasuk 13 anggota yang bertugas.

"Api berjaya dikawal tiga minit kemudian dan operasi dihentikan pada jam 2.30 petang. Seorang mangsa yang juga penghuni salah sebuah rumah terbabit melecur lima peratus di bahagian bahu dan badan.

"Mangsa terbabit dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Setakat ini punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved