Jumaat, 24 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Hanya kemenangan dalam pilihan raya bawa erti - Najib

Posted: 23 Jun 2011 05:00 PM PDT

Hanya kemenangan dalam pilihan raya bawa erti - Najib

RAWANG - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, yang paling penting bagi Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai parti politik adalah untuk berjaya dalam pilihan raya kerana menurutnya dalam politik hanya kemenangan membawa erti.

Justeru itu, Perdana Menteri dan Presiden UMNO itu berkata, dalam pilihan raya tidak ada istilah naib johan, sepertimana dalam sesuatu pertandingan biasa yang turut menyediakan hadiah untuk naib johan.

"Untuk pilihan raya hanya johan sahajalah yang ada erti dan makna bagi kita dan kita semua sedar bahawa menjadi naib johan bererti kita kalah dalam waktu pilihan raya.

"(Dan) kita tahu nasib parti yang kalah," kata Najib ketika merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Selayang di Perangsang Templer Golf Club di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, yang penting dalam keadaan dan landskap politik hari ini adalah untuk melakukan pembaharuan dan pembugaran kerana kalau menggunakan cara dan kaedah lama "kita boleh menang perang lama, perang baru tidak tentu lagi". - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengusaha kolam ikan mati terkena tembakan senapang angin

Posted: 23 Jun 2011 05:00 PM PDT

Pengusaha kolam ikan mati terkena tembakan senapang angin

IPOH - Seorang pengusaha kolam ikan terbunuh apabila kepalanya terkena peluru senapang angin buatan sendiri secara tiba-tiba meletup ketika membersih senapang tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata mangsa, Basri Din, 50, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, kira-kira tujuh jam selepas kejadian pada kira-kira 2 petang di rumahnya di Felda Lasah, Sungai Siput.

Menurut, anggota keluarga yang pada mulanya membawanya ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum dimasukkan ke HRPB dan sebaik menerima laporan berkenaan, pihak polis bergegas ke tempat kejadian.

"Pihak polis menemui selaras senapang yang menggunakan peluru "ball bearing" dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut dan tidak membabitkan unsur jenayah, katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved