Jumaat, 24 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Nyawa murid jadi taruhan

Posted: 23 Jun 2011 05:00 PM PDT

Nyawa murid jadi taruhan KAMPUNG DONG – Kira-kira 30 murid dari Kampung Dong terpaksa bertarung nyawa setiap hari untuk ke Sekolah Kebangsaan (SK) Buluh Nipis, di sini, berikutan hanya terdapat sebuah bot usang digunakan mereka sebagai alat perhubungan sejak sekian lama.

Seorang penduduk, Moin Mat, 42, berkata, murid di kampung itu terpaksa melalui Sungai Rompin dengan jarak 30 meter sehari menggunakan bot berikutan tiada kemudahan jalan darat.

Sehubungan itu, katanya, penduduk memohon Kerajaan Negeri membina jambatan gantung menghubungkan kedua-dua kampung Orang Asli itu memandangkan terdapat pertambahan bilangan murid saban tahun.

"Kami merayu kerajaan menyediakan kemudahan perhubungan darat seperti membina jambatan gantung untuk keselesaan murid ke sekolah memandangkan bot sedia ada bagi mengangkut mereka semakin usang," katanya kepada Sinar Harian.

Moin berkata, ibu bapa juga sering bimbang setiap kali musim tengkujuh kerana paras air Sungai Rompin akan naik hingga terdapat sebahagian murid takut untuk menyeberangi sungai itu.

"Keadaan ini menyebabkan ramai murid di sini terpaksa ponteng sekolah kerana khuatir nyawa mereka terancam, tambahan pula bot sedia ada juga sukar mengawal arus deras," katanya.

Menurutnya, perkara itu sering dibangkitkan dan disuarakan penduduk kepada pemimpin setempat, namun sehingga ke hari ini, masalah itu masih gagal diatasi hingga membimbangkan penduduk mengenai tahap keselamatan anak-anak mereka.

"Masalah ini berlaku hanya kepada murid sekolah rendah yang terpaksa berulang alik menggunakan jalan air, memandangkan pelajar sekolah menengah tinggal di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Ibam," katanya.

Moin berkata, ibu bapa terpaksa menghantar anak mereka seawal pagi untuk menuruni Sungai Rompin dan setelah sampai ke Kampung Buluh Nipis, mereka terpaksa berjalan sejauh kira-kira tiga kilometer untuk sampai ke sekolah.

"Nasib mereka memerlukan perhatian serius daripada semua pihak dan berharap supaya peruntukan segera dapat disalurkan untuk memudahkan perhubungan penduduk setempat terutama murid," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved