SH |
Posted: 23 Jun 2011 05:00 PM PDT Penyeludup
tidak muncul
TUMPAT - Belum pun tiba bulan Ramadan, kegiatan penyeludupan mercun dan bunga api untuk digunakan di musim perayaan sudah mula aktif.
Ia berikutan rampasan mercun terbesar tahun ini oleh Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Kelantan bernilai hampir RM500,000, dalam satu operasi jam 9.15 pagi yang turut dibantu anggota Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP). Penolong Kanan Pengarah Kastam, Cawangan Penguatkuasa Kastam Pengkalan Kubor, Ahmad Mazuki Yasin berkata, pihaknya menjumpai sebuah lori 16 tan yang disembunyikan di dalam kebun di Kampung Sungai Batu, Chekok, Pasir Mas. "Pemeriksaan lanjut menemui 543 kotak mercun dan bunga api pelbagai jenis bernilai RM288,870 dengan nilai cukai yang terlibat sebanyak RM43,330.50 dan duti import bernilai RM144,435," katanya pada sidang media di sini, semalam. Menurutnya, setelah menunggu hampir tiga jam dan tiada siapa yang menuntut lori tersebut, pasukan Kastam membawa balik lori ke Pejabat Cawangan Penguatkuasaan Pengkalan Kubor untuk siasatan lanjut. Katanya, kes ini disiasat di bawah seksyen 135(1)(e) di bawah Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh didenda minimum 10 kali ganda nilai barangan atau dipenjarakan selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali. "Penyeludup rancang membawa masuk mercun lebih awal bagi mengaburi mata pihak penguat kuasa walau pun Ramadan belum lagi tiba," katanya. Menurutnya, orang ramai diminta tampil menyalurkan maklumat mengenai sebarang bentuk penyeludupan dan segala maklumat dirahsiakan dan ganjaran akan diberikan kepada pemberi maklumat. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan