Jumaat, 24 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


AMK Selangor hantar skuad bersih 2.0

Posted: 23 Jun 2011 05:00 PM PDT

AMK Selangor hantar skuad bersih 2.0

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor telah memutuskan bahawa pihak AMK Selangor akan menghantar seramai 1000 ahli Skuad AMK Selangor (SKUAD) untuk bertugas semasa perhimpunan BERSIH yang akan berlangsung pada 9 Julai 2011.

Pendirian AMK Selangor amat konsisten dalam menyokong perhimpunan ini dengan mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menerima 8 tuntutan BERSIH 2.0 iaitu:

1. Membersihkan Senarai Pengundi
2. Merefomasikan Undi Pos
3. Menggunakan Dakwat Kekal
4. Akses Kepada Media Yang Bebas dan Adil
5. Masa Kempen Minima 21 Hari
6. Mengukuhkan Institusi Awam
7. Menghentikan Politik Rasuah
8. Menghentikan Politik Kotor

Oleh itu, AMK Selangor merasakan bertanggungjawab untuk memastikan perhimpunan yang akan dijalankan dapat dilaksanakan secara aman dan teratur. Apa yang paling penting adalah semasa perhimpunan itu berlangsung, pergerakan penunjuk perasaan dapat dikawal dan keselamatan mereka dijaga.

Malah SKUAD ini juga akan memberikan kerjasama yang erat kepada pihak polis agar semasa hari kejadian. Namun, SKUAD yang ditugaskan ini tidak akan bertoleransi dengan mana-mana kumpulan lain yang cuba melakukan provokasi dan menyerang peserta perhimpunan.

Peserta perhimpunan boleh mengenali SKUAD ini dengan pakaian seragam berwarna biru muda. Pihak AMK Selangor menasihati kepada mereka yang hadir dalam perhimpunan itu nanti,agar terus berjumpa dengan SKUAD sekiranya terdapat sebarang masalah.

MOHD REZWAN ALIAS
Setiausaha
Angkatan Muda Keadilan Selangor

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bolasepak Olimpik: Tahniah Skuad Harimau

Posted: 23 Jun 2011 05:00 PM PDT

Bolasepak Olimpik: Tahniah Skuad Harimau

Dewan Pemuda Pas Pusat (Malaysia) mengucapkan tahniah kepada seluruh pemain, pengurusan dan penyokong atas kejayaan Skuad Bolasepak Harimau Malaysia Pra Olimpik Negara yang telah berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya setelah menewaskan Negara Lubnan 2 – 1 semalam sebagai hadiah besar bagi seluruh peminat sukan bolasepak tanahair.

Kami mengharapkan kecermelangan ini akan terus dipertahankan bagi peringkat seterusnya dan dengan harapan besar Skuad Harimau ini akan mencipta satu sejarah Sukan Olimpik yang menjadi harapan besar buat rakyat Malaysia terutamanya sukan bolasepak. Kami yakin sokongan peminat dan penyokong setia Negara akan terus diberikan bagi meniupkan semangat pemain muda negara bagi terus berjaya meraih kemenangan kelak.

Kami doakan kejayaan seterusnya buat Skuad Harimau ini dan terus mengharapkan sokongan semua pihak agar memberikan sokongan kepada semua pemain-pemain negara yang beraksi di tengah padang dengan kehadiran seramai mungkin memenuhi ruang stadium nanti. Syabas buat semua, kami akan sentiasa memberikan sokongan moral kepada pemain dan pihak pengurusan termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) agar terus komitet menempuh kajayaan buat sukan bolasepak negara.

RAJA AHMAD AL-HISS
Naib Ketua,
Dewan Pemuda Pas Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved