Jumaat, 24 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Lebih 300 pekerja berpiket

Posted: 23 Jun 2011 05:00 PM PDT

Lebih 300 pekerja berpiket KUALA LUMPUR – Lebih 300 pemeriksa kenderaan di Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) mengadakan piket kelmarin kerana tidak berpuas hati dengan isu kebajikan.

Presiden NUCW, Mustapa Kasim berkata, melalui piket itu, mereka cuba menyuarakan berhubung pertikaian perjanjian bersama antara NUCW dan Puspakom dalam isu kebajikan pekerja.

Menurutnya, sejak Mac tahun lalu, proses rundingan perjanjian bersama dibuat sebanyak tujuh kali, namun syarikat tetap enggan melakukan perubahan daripada cadangan asal (syarikat) yang boleh diterima kesatuan.

"Kita (NUCW) beri beberapa cadangan berkaitan faedah persaraan dan perubatan, kos elaun saraan hidup, bonus, pelarasan gaji serta struktur gaji (kenaikan tahunan) tetapi ditolak syarikat.

"Syarikat sebaliknya beri pelarasan gaji lima peratus yang tidak langsung mengambil kira kadar inflasi dan kos sara hidup yang semakin meningkat," katanya kelmarin.

Mustapa berkata, kakitangan juga tidak berpuas hati dengan perubahan jam waktu operasi (bekerja) daripada 48 jam seminggu kepada 60 jam seminggu yang dilaksanakan sejak Selasa lalu.

Menurutnya, mereka juga tidak berpuas hati berhubung pemberian gaji kerana pekerja baru menerima gaji lebih tinggi daripada pekerja lama.

Sementara itu, Jabatan Komunikasi Puspakom dalam kenyataan balas menyifatkan beberapa dakwaan NUCW, termasuk syarikat mengabaikan kebajikan pekerja, sebagai tidak benar.

Menurutnya, tuduhan syarikat menolak beberapa cadangan NUCW adalah tidak benar, sebaliknya ia masih dalam proses rundingan.

"Syarikat bersetuju dengan beberapa cadangan NUCW, namun bagi cadangan yang masih dalam proses rundingan, mereka enggan meneruskannya.

"Dakwaan syarikat mengurangkan umur persaraan daripada 60 kepada 56 tahun adalah tidak benar kerana kedua-dua belah pihak bersetuju bagi pekerja-pekerja baru, umur persaraannya adalah 56 tahun dan syarikat juga tidak berhasrat mengurangkan umur persaraan bagi pekerja sedia ada seperti ditawarkan iaitu 60 tahun," katanya kenyataan media itu semalam.

Mengenai klasifikasi baru kakitangan pemeriksaan kenderaan daripada bukan eksekutif kepada eksekutif, Puspakom mempunyai dua skim perjawatan.

Menurut kenyataan itu, Puspakom memastikan bahawa jumlah waktu bekerja setiap pemeriksa kenderaan tidak melebihi had ditetapkan undang-undang di bawah Akta Kerja 1955.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengetua hadapi cabaran global

Posted: 23 Jun 2011 05:00 PM PDT

Pengetua hadapi cabaran global SUBANG – Pengetua perlu berkompromi dan bertolak ansur dalam mencapai kejayaan transformasi pendidikan bagi membentuk suasana pembelajaran serta pengajaran cemerlang sekolah di peringkat antarabangsa.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, jawatan itu ibarat seperti penghulu dalam sesebuah sekolah kerana tanpa pengetua bersikap holistik sudah pasti kredibiliti dan kecemerlangan sesebuah sekolah tidak akan tercapai.

"Seiring usia sebagai pengetua yang diklasifikasikan berpengalaman walaupun sering kali buah fikiran dianggap lapuk tetapi mereka diingatkan agar menyahut cabaran merealisasikan kehendak generasi muda masa kini.

"Mereka perlu lebih ke hadapan berbanding seluruh warga sekolah supaya penyelesaian sesuatu isu secara profesional," katanya ketika merasmikan Majlis Penutupan Persidangan Pengetua Sekolah-Sekolah Malaysia (MPSM) di sini, semalam.

Menurutnya, sambutan luar biasa peserta pada persidangan ini membuktikan kesungguhan dalam mencari ideologi baru untuk membawa hala tuju sekolah ke peringkat yang lebih cemerlang.

"Pemimpin holistik perlu tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah, mereka sanggup membakar diri menerangi sekeliling walaupun dirinya terbakar itulah cabaran pengetua hari ini.

"Pengetua adalah pemimpin yang perlu ada kemampuan peribadi, kemampuan profesional untuk mempertahankan dan membina sahsiah anak bangsa menjadi insan berguna pada negara, ibu bapa serta bangsa," katanya.

"Menjadi yang terbaik daripada sedia ada dan terbilang antara yang cemerlang adalah persediaan awal yang patut pengetua utamakan dalam mengharumkan nama sekolah di persada antarabangsa," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved