Jumaat, 24 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Kilang proses emas meletup

Posted: 23 Jun 2011 05:00 PM PDT

Kilang proses emas meletup GEORGETOWN - Tiga pekerja kilang memproses emas di Menara Perdana, Jalan Gudwara di sini nyaris maut apabila gas memasak bahan logam itu yang dipercayai bocor tiba-tiba meletup sehingga merosakkan premis yang terletak di aras lapan dan sembilan bangunan pejabat tersebut semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.15 petang menyebabkan mangsa, Tan Ken Hwang, Low Eng Tak, dan Ng Chin Keat, masing-masing berusia 28 tahun, yang ketika itu berada di aras lapan mengalami cedera parah di seluruh anggota badan akibat terkena serpihan cermin kaca.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asistan Komisioner Gan Kong Meng berkata, kemalangan berkemungkinan berpunca daripada kebocoran salah satu daripada enam dapur gas jenis silinder di kilang terbabit.

Menurutnya, kesemua mangsa dihantar ke sebuah hospital swasta dan dikatakan salah seorang daripada mereka dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat melecur teruk.

Kong Meng berkata, kilang yang beroperasi sejak 10 tahun lalu itu mempunyai seramai 150 pekerja dan ketika kejadian hanya tiga pekerja yang berada di dalam kilang terbabit manakala yang lain keluar makan tengah hari.

"Ketika kejadian ketiga-tiga lelaki itu dikatakan cuba memadamkan api yang mula marak dari bilik memasak air bahan terbuang emas untuk mendapatkan saki-baki emas itu tetapi hanya seketika.

"Semasa kebakaran berlaku, gas itu masih tidak ditutup menyebabkan ia terus mengalir sekali gus menyelubungi bilik dan keseluruhan tersebut sebelum meletup dengan kuat," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kong Meng berkata, letupan kuat itu turut memusnahkan dinding kilang yang beroperasi di kedua-dua aras termasuk tingkap, pintu, siling dan semua kelengkapan pejabat dan alat memasak.

Menurutnya, sembilan kereta yang diletakkan di bawah bangunan juga rosak akibat ditimpa serpihan dinding yang runtuh.

"Sehingga kini polis dan pasukan bomba masih menyiasat bagi mencari punca sebenar kejadian dan nilai kerugiannya dianggarkan mencecah RM2 juta ringgit," katanya.

Sementara itu, penolong Penguasa Bomba 2, Yamin Tekor berkata, seramai 11 anggota dan empat jentera terlibat memadam kebakaran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved