Jumaat, 24 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tol percuma selama dua bulan

Posted: 23 Jun 2011 05:00 PM PDT

Tol percuma selama dua bulan RAWANG – Pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) milik Kuala Lumpur Selangor Expressways Berhad (KLSEB) tidak akan dikenakan bayaran tol selama dua bulan bermula pembukaannya semalam sehingga 31 Ogos ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, walaupun sepatutnya tempoh percuma awalnya dipersetujui selama sebulan, namun ia berjaya dipanjangkan hasil perbincangan dengan pihak KLSEB.

"Kerajaan sentiasa mencari kaedah mengurangkan beban pengguna lebuh raya bertol, tetapi ramai yang tidak nampak.

"Antara inisiatif sedang dilaksanakan adalah pemberian diskaun 20 peratus kepada pengguna kad pra bayar SmartTag dan Touch'n Go yang membayar tol 80 kali atau lebih dalam tempoh sebulan," katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Latar, semalam.

Hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Syed Jamal Syed Jaafar dan Pengerusi KLSEB, Datuk Ir Mohamad Razali Othman serta wakil setempat.

Menurut Shaziman, promosi pra bayar yang bermula sejak 1 September lalu memberikan penjimatan kepada pengguna dalam bentuk rebat yang sehingga kini berjumlah RM47.7 juta.

Katanya, usaha ini adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai pengguna beralih kepada sistem pembayaran tol secara elektronik yang lebih mudah dan efisien.

Dalam pada itu, mengulas pembinaan Latar siap awal empat bulan daripada jangkaan, Shaziman berkata, jajaran baru itu menghubungkan Kuala Selangor dengan utara Kuala Lumpur (Templer Park).

"Penyambungan ini adalah langkah penting dalam usaha melengkapkan jajaran jalan Kuala Lumpur Ring Road (KLORR) iaitu jaringan yang menghubungkan lebuhraya-lebuhraya sekitar KL dan Selangor.

"Kejayaan penyempurnaan Lebuhraya Latar ini juga meletakkan status projek KLORR pada peringkat akhir penyiapan. Selain itu ia menjimatkan masa perjalanan dari Pekan Ijok ke KL dari sejam 30 minit kepada 30 minit sahaja," katanya.

Projek Lebuhraya Latar menelan belanja RM958 juta sepanjang 33 kilometer (km) bermula sejak 2007 mula beroperasi semalam dengan sistem Kutipan Tol Terbuka di tiga lokasi plaza tol.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved