Jumaat, 24 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Tuduh pembangkang anarki, tidak ada nilai akademik

Posted: 23 Jun 2011 05:00 PM PDT

Tuduh pembangkang anarki, tidak ada nilai akademik

Ahli Jawatankuasa Pas Idris Ahmad dalam blognya berkata, pelik seorang ahli akademik seperti Dr Zainal Keling mengatakan pembangkang suka kepada anarki iaitu supaya suasana tidak tenteram dan tidak mengikut undang.

Menurutnya, pandangan yang dilontarkan oleh Zainal yang menggandaikan himpunan Bersih 2.0, boleh menimbulkan suasana yang tidak tenteram tidak menggambarkan beliau sebagai ahli akademik sepatutnya.

Ini kerana menurut Idris, sebelum memberi pandangan biarlah mencari fakta yang adil, kemudian baru membuat rumusan. Macam mana beliau sebagai ahli akademik yang sering berpesan kepada mahasiswa ketika menjalankan penyelidikan perlu membaca semua bahan, kemudian baru membuat rumusan.

"Tiba-tiba beliau sendiri tidak mengikut disiplin akademik yang membuat tuduhan secara membuta tuli kepada pembangkang.Kenapa beliau tidak mengkaji himpunan Bersih 10 November  2007 yang dihadiri lebih 100 ribu orang yang  berjalan di dalam keadaan aman malahan sebiji pasu bunga tidak dipecahkan.

"Jangan kerana beliau menjadi penyokong tegar UMNO sehingga melekat di dalam fikiran beliau selain daripada UMNO tidak mampu untuk membawa kemakmuran negara. Biarlah fikiran sebegini hanya ada kepada mereka yang buta maklumat, bukan mereka yang berada di gedung ilmu.

"Saya tidak nafikan kerajaan Pakatan Rakyat bukanlah sempurna, tetap jika hendak dibandingkan dengan kerajaan BN yang memerintah hampir 54 tahun, sudah tentu kerajaan Pakatan Rakyat lebih baik yang terbukti dan teruji," katanya

Menurutnya, Zainal memang terkenal sebagai penyokong tegar UMNO, sewaktu di Universiti Malaya lagi.
Fikrah beliau sama seperti Dr Antory Husin, Dr Ramlah Adam, Dr Kamarudin Kachar, Dr Ibrahim Abu Shah, Dr Mustafa Ishak.

"Mereka ini ahli akademik yang memberi pandangan politik yang tidak munasabah, kerana masyarakat melihat pandangan yang tidak layak keluar daripada mulut mereka tidak menggambarkan latarbelakang akademik seorang pemimpin," katanya lagi.


Sumber daripada blog Idris Ahmad

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Antara negara kebajikan dan 1Malaysia

Posted: 23 Jun 2011 05:00 PM PDT

Antara negara kebajikan dan 1Malaysia

Mengenai kepemimpinan Pas semakin banyak diwakili oleh golongan bukan ulama dan peralihan daripada matlamat Negara Islam kepada Negara Kebajikan, saya yakin ia akan menjadi isu hangat dalam pilihan raya akan datang.

"Penangguhan" agenda Negara Islam dan pemilihan Negara Kebajikan yang dilakukan Pas dilihat akan bergerak lebih dekat kepada dasar sosialisme ala DAP dan keadilan sosial anjuran PKR.

Blogger, A Kadir Jasin dalam ulasan terbarunya berkata, negara kebajikan bukanlah konsep baru dan pastinya tidak asing dalam sistem pemerintahan Islam sejak zaman berzaman.

"Tetapi konsep negara kebajikan ini memperoleh label ideologi yang tebal apabila ia diamalkan oleh komunis bermula Revolusi Bolshevik di Rusia pada tahun 1917.

"Tentunya perubahan agenda Pas itu akan mempengaruhi pertimbangan orang Islam/Melayu, khasnya yang komited kepada keunggulan Islam. Di pihaknya pula, UMNO sudah mengurangkan penekanan kepada nasionalisme Melayu kerana menjadi fait accompli kepada 1Malaysia yang dipelopori Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

"Tanpa frasa yang lebih sesuai, saya terpaksa berkata begini: Pas semakin kabur agenda Islamnya dan UMNO semakin kabur agenda Melayunya.

"Oleh kerana kedua-dua anjakan dasar ini adalah keputusan politik, maka adalah sukar mengagak dan cuba mengukur apalah implikasinya yang sebenar. Saya menjangka kedua-dua parti berasaskan Melayu-Islam ini akan memikirkan semula perubahan dasar mereka selepas melihat hasil pilihan raya akan datang," katanya.

Kalau perubahan dasar itu memberi hasil nyata, khasnya dalam memikat sokongan bukan Melayu-bukan Islam, mereka mungkin mengekalkannya, tetapi jika tidak, mereka mungkin kembali semula kepada dasar asal.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengulas mengania projek Pembangunan Rumah Rakyat di Lapangan Terbang Sungai Besi.

Kadir berkata, harga RM220,000 seunit bukan murah bagi kebanyakan Bumiputera walaupun diberikan pinjaman 100%. Apatah lagi dalam suasana kenaikan harga sekarang.

"Tanpa jaminan seperti ini, Bumiputera akan tercicir dan terpinggir dalam apa saja pembangunan yang kerajaan luluskan atau laksanakan. Hatta di luar bandar pun, apabila tanah rizab Melayu diambil alih, ditukar syarat kegunaan dan dibangunkan, bilangan Bumiputera yang mampu memiliki atau menggunakannya amat kecil.

"Maka jadilah pembangunan sinonim dengan peminggiran orang Melayu dan pengukuhan orang bukan Bumiputera. Saya lebih berharap jika agensi amanah seperti Yayasan Hartanah Bumiputera boleh masuk campur untuk membina dan mempertahankan pemilikan aset hartanah oleh Bumiputera," katanya.

Sumber dipetik dari blog A Kadir Jasin

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved