Jumaat, 24 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Perlu teruskan kerjasama

Posted: 23 Jun 2011 05:00 PM PDT

Perlu teruskan kerjasama IPOH – Kerjasama antara pihak swasta dan kerajaan diharap dapat diteruskan pada masa hadapan khususnya bagi menjayakan misi Perak Aman Jaya.

Exco Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, di bawah misi berkenaan orang ramai khususnya rakyat Perak, bakal menikmati 3Q iaitu 'Quality Product, Quality Income dan Quality Living' berdasarkan kepada beberapa perancangan hasil kerjasama berkenaan.

Menurutnya, antara perancangan berkenaan adalah bagi memastikan rakyat di negeri ini memiliki pendapatan tinggi serta menikmati kualiti hidup yang baik dan lestari.

"Ianya bertepatan dengan dasar kerajaan agar rakyat dapat menikmati kualiti kehidupan terbaik.

"Selain itu, ia dapat membantu hapuskan penempatan setinggan selain matlamat mewujudkan satu rumah satu keluarga dapat dilaksanakan dengan jayanya," katanya selepas merasmikan Ekspo Hartanah, Perindustrian dan Perabot Perak 2011 (Mapex) di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia Negeri, Datuk Francis Lee Yew Hean dan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Datuk Samsudin Hashim.

Ekspo yang telah bermula sejak 1999 lalu dan kini setelah lebih 10 tahun ianya menunjukkan peningkatan demi kepentingan rakyat dan beberapa projek seperti di Meru Raya, Sunway City membuktikan kejayaannya.

Kata Hang Soon, kerajaan sentiasa berusaha untuk tingkatkan lagi pembangunan di negeri ini antaranya menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTAS) selain mewujudkan kerjasama dengan pihak penerbangan tambang murah Firefly.

"Kini, kita juga memiliki perkhidmatan penerbangan dua kali sehari dari Ipoh ke Singapura dan bakal memiliki pula penerbangan dari Ipoh ke Kota Bharu serta Phuket (Thailand).

"Bagaimanapun, ianya masih dalam peringkat cadangan daripada pihak Firefly," katanya.

Sementara itu, Hang Soon berkata, Kerajaan Negeri juga sedang berusaha untuk menjadikan Perak sebagai sebuah hab-pendidikan yang ulung di negara ini.

Katanya, Perak memiliki banyak pusat pengajian termasuk beberapa sekolah yang bagus untuk membantu membekalkan para lulusan berkualiti.

"Kita selalu hasilkan lulusan terbaik, tetapi malangnya ramai yang telah berhijrah.

"Kita akan berusaha untuk bekalkan pekerjaan kepada para lulusan ini agar segala kepakaran mereka dapat digunakan demi kemajuan negeri," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved