Sabtu, 25 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Tangkap bukan penyelesaian terbaik: KSU KDN

Posted: 24 Jun 2011 05:00 PM PDT

Tangkap bukan penyelesaian terbaik: KSU KDN

PUTRAJAYA - Tindakan untuk terus menangkap pihak yang terbabit dalam perhimpunan haram 9 Julai ini bukan merupakan jalan penyelesaian yang terbaik, sebaliknya kerajaan mengambil pendekatan untuk memberi informasi supaya orang ramai tahu mengenai akibatnya.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam, berkata senario pada zaman ini sudah berubah, di mana rakyat tidak boleh lagi menerima tindakan tangkapan oleh pihak berkuasa tanpa sebarang amaran.

"Jadi kita maklumkan kepada orang awam tentang apa yang berlaku. Tangkap-tangkap bukan jalan penyelesain. Bolehkah kamu terima jika kami terus menangkap kamu," katanya selepas majlis dialog pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kesukarelawanan dengan beliau di KDN di sini, hari ini.

Mahmood diminta mengulas mengenai gesaan sesetengah pihak yang mahu KDN mengambil tindakan tegas terhadap penganjur perhimpunan haram tersebut dan tidak terlalu berlembut dengan mereka.

Beliau berkata, kerajaan juga akan meneliti lebih 1,000 laporan polis yang dikemukakan yang membantah perhimpunan tersebut serta akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Mengulas majlis dialog tersebut, beliau berkata, ia adalah yang pertama seumpamanya pernah diadakan dan akan diteruskan bagi menyelaras pergerakan NGO di negara ini serta meminta pandangan dan idea daripada mereka dalam usaha memajukan negara.

Mahmood berkata, kerajaan juga sedang mempertimbang untuk mewujudkan majlis permuafakatan bagi menyelaras dan memberi sebarang bantuan yang diperlukan oleh NGO tersebut serta menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh mereka.

Mengikut rekod, katanya, terdapat lebih 119,000 NGO di negara ini dengan lebih 30 juta ahli dan lebih 40,000 daripada jumlah NGO itu merupakan NGO kesukarelawanan.

Beliau turut menafikan bahawa perjumpaan itu adalah langkah kerajaan untuk menguasai NGO terbabit sebaliknya kerajaan tidak mempunyai niat lain selain untuk menyatukan NGO berkenaan yang turut akan menjimatkan kos, masa dan tenaga mereka.

Seramai 100 pemegang jawatan daripada 40 NGO kesukarelawanan dari seluruh negara menghadiri perjumpaan itu. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mayat dua beradik perempuan dikhuatiri lemas ditemui

Posted: 24 Jun 2011 05:00 PM PDT

Mayat dua beradik perempuan dikhuatiri lemas ditemui

KUALA KRAI - Mayat dua beradik perempuan yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan air deras ketika berkelah di Sungai Lebir, Kampung Manjor, Laloh dekat sini Khamis lepas, ditemui masing-masing semalam dan hari ini.

Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat, Bahagian Operasi Kelantan, Sahrin Yusma berkata mayat pertama, Siti Nur Fatin Izzati Azami, ditemui tersangkut di dahan pokok pukul 5 petang semalam oleh skuad penyelam Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, kira-kira satu kilometer dari tempat kedua-dua beradik itu dilaporkan lemas.

Beliau berkata pasukan penyelamat menyambung operasi mencari dan menyelamat mangsa kedua, Siti Nurrul Amirah Azami, iaitu kakak Siti Nur Fatin Izzati, seawal pukul 6.30 pagi di kawasan pencarian yang lebih luas iaitu kira-kira lima kilometer dari tempat kedua-dua mangsa dilaporkan tenggelam.

"Selepas satu jam, kira-kira pukul 7.30 pagi tadi, pihak kita akhirnya berjaya menemui mayat Siti Nurrul Amirah tersangkut di ranting kayu kira-kira 300 meter dari lokasi mayat adiknya ditemui semalam," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata mayat Siti Nurrul Amirah kemudian dihantar ke Hospital Kuala Krai HKK) untuk dibedah siasat.

Dalam kejadian itu, Siti Nurrul Amirah, 16, dan adiknya, Siti Nur Fatin Izzati, 14, iaitu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh bersama seorang abang mereka, Abdul Nabiyuhrahim, 18, dan abang ipar, Mohd Zulhilmi Mohd Yahya, 27, sedang berkelah di sungai yang hanya terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka di Kampung Manjor.

Kejadian berlaku selepas mereka berempat sedang mandi sebelum Abdul Nabiyuhrahim dan Mohd Zulhilmi naik ke tebing sungai untuk menjawab panggilan telefon dan makan lalu melihat kedua-dua beradik berkenaan terkapai-kapai di dalam sungai sebelum tenggelam dan dihanyutkan arus.- BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved