Sabtu, 25 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Nelayan sepakat luah bantahan

Posted: 24 Jun 2011 05:00 PM PDT

Nelayan sepakat luah bantahan KUALA ROMPIN – Kira-kira 300 nelayan laut dalam mengadakan bantahan secara aman di Dataran Menara Jam Tanjung Gemok di sini untuk menuntut kerajaan supaya memberi perhatian serius terhadap beberapa isu.

Bantahan yang diadakan bermula pada jam 10 pagi semalam menuntut kerajaan menarik semula lesen terpakai bot pukat tunda jenis C2 milik syarikat tempatan yang menyewakan bot kepada nelayan Vietnam bagi menjalankan operasi harian menangkap ikan.

Perhimpunan secara aman membabitkan nelayan laut dari Tanjung Gemok, Endau, Kuala Rompin dan Kuantan itu juga mendakwa terdapat pengusaha bot dalam menyewakan sekurang-kurangnya 1,800 bot C2 kepada nelayan Vietnam.

Selain tuntutan itu, perhimpunan yang diadakan selama 30 minit itu turut menyatakan ketidakpuasan hati nelayan berhubung keputusan kerajaan menaikkan harga diesel kepada RM1.80 seliter berbanding RM1.25 seliter berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Tarik semula lesen bot terpakai

Pengerusi Nelayan Pukat Jerut Tanjung Gemok-Endau, Raja Yusof Raja Muda, 43, berkata, kerajaan didesak menarik serta menghapuskan segera pemberian lesen bot terpakai yang digunakan nelayan Vietnam.

Raja Yusof berkata, terdapat sesetengah pemilik bot C2 menyewakan bot kepada nelayan itu untuk menjalankan operasi menangkap ikan dengan menggunakan diesel RM1.80 seliter.

Menurutnya, kerajaan perlu menarik semua lesen nelayan tempatan yang menyewakan bot kepada nelayan Vietnam kerana ia menyebabkan mereka turut menikmati dana subsidi sama seperti nelayan tempatan.

"Kerajaan digesa menarik semula lesen bot terpakai nelayan tempatan sekiranya mereka menyewakan bot C2 kepada nelayan Vietnam yang turut menikmati faedah sama menggunakan subsidi kerajaan," katanya.

Raja Yusof berkata, terdapat penyelewengan subsidi dilakukan nelayan Vietnam yang menjual bahan bakar itu dengan harga jauh lebih tinggi di negara mereka serta menyebabkan hasil ikan mudah diraih rakyat asing.

"Hasil sumber perikanan di perairan negara seharusnya menjadi hak milik rakyat dan bukan sewenang-wenangnya dicerobohi nelayan Vietnam yang hanya menyewa bot untuk memperoleh sumber hasil laut di negara ini," katanya.

Mohon kurangkan harga diesel

Raja Yusof berkata, kenaikan harga diesel menyebabkan lebih 5,000 pemegang lesen bot C2 terjejas teruk kerana terpaksa menampung kos operasi dan perjalanan yang semakin tinggi.

Menurutnya, persatuan nelayan berharap harga diesel RM1.80 seliter dikurangkan kepada RM1.40 seliter untuk membantu nelayan laut dalam yang terpaksa menanggung beban atas kenaikan itu.

"Kami merayu kepada kerajaan supaya membantu nelayan laut dalam yang terpaksa menanggung kos operasi dan perjalanan berikutan kenaikan harga diesel hingga terpaksa menanggung kerugian besar.

"Jika dahulu kos operasi sekali perjalanan hanya RM25,000, namun kos itu meningkat mendadak hingga mencecah RM45,000 iaitu hampir separuh kenaikan yang terpaksa kami tanggung sejak Jun lalu," katanya.

Hasil laut berkurangan, nelayan terbeban

Seorang nelayan, Tengku Azhar Tengku Husin, 31, berkata, kenaikan harga diesel itu menyukarkan nelayan laut dalam, terutama apabila mereka dihimpit masalah kekurangan hasil laut.

Tengku Azhar berkata, kekurangan hasil laut menyebabkan ramai pengusaha bot pukat jerut terpaksa menanggung kerugian hingga mengundang kepada kenaikan harga makanan laut.

"Hasil laut semakin berkurangan, lebih buruk, kami (nelayan bot C2) terpaksa berdepan krisis kenaikan harga diesel. Ia tentu memberi kesan terhadap sumber pendapatan tekong serta awak-awak.

"Jika perkara ini tidak dapat diatasi segera, kami bimbang berlakunya kenaikan harga makanan laut akibat tekanan yang terpaksa ditanggung pengusaha bot C2," katanya.

Risiko ditahan nelayan asing tinggi

Selain masalah itu, katanya, nelayan tempatan yang mencari sumber rezeki di perairan negara turut mengalami ancaman keselamatan apabila bot mereka ditahan penguat kuasa negara jiran.

"Keadaan ini sememangnya memberi tekanan kepada nelayan laut dalam dan kerajaan diminta lebih tegas untuk memberi manfaat berterusan kepada semua nelayan tempatan," katanya.

Mohon naik elaun

Pengusaha Bot C2, Pang Yoke Son, 55, pula memohon supaya kerajaan memberi tambahan elaun sara hidup RM100 kepada semua nelayan yang selama ini memperoleh RM200 setiap bulan.

"Dengan peningkatan kos sara hidup, kita mohon pertimbangan kerajaan menaikkan elaun kepada RM300 berbanding RM200 yang diperoleh nelayan pada ketika ini untuk mengimbangi peningkatan kos operasi," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved