Sabtu, 25 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


101 Laporan Polis serentak mengenai Bersih telah dibuat di Balai Polis Medan Gopeng

Posted: 24 Jun 2011 05:00 PM PDT

101 Laporan Polis serentak mengenai Bersih telah dibuat di Balai Polis Medan Gopeng

Sejumlah 101 laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kampung Rapat mengenai perhimpunan haram Bersih 2. Inilah pertama kali laporan Polis yag terbanyak sekali di lakukan secara serentak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman mengetuai kumpulan yang terdiri daripada wanita UMNO Gopeng dan beberapa pertubuhan NGO.

Dalam laporan polis itu mengatakan bahawa satu maklumat melalui media bahawa satu perhimpunan haram akan diadakan pada oleh satu kumpulan yang tidak bertanggung jawab yang menamakan kumpulan mereka sebagai Bersih 2.0 bagi menunjukkan protes mereka kononnya bagi mendapatkan satu proses pilihanraya yang telus dan adil.

Tindakan mereka bukan sahaja merupakan satu pencabulan undang-undang negara malahan boleh dilihat sebagai satu usaha menimbulkan kekacauan di kalangan rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan dan keamanan. Kumpulan yang tidak bertanggung jawab ini juga telah menghasut rakyat supaya tidak mempercayai sistem demokrasi yang telah diamalkan selama ini.

Mereka juga telah memperkecilkan peranan Suruhanjaya Pilihan Raya suatu badan bebas yang telah ditubuhkan di bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Tindakan kumpulan ini secara langsung menghasut rakyat bagi membenci pemimpin negara.

Saya mohon pihak polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan keatas pemimpin dan kesemua pengikut mereka dibawah Undang-Undang Jenayah, Akta Hasutan dan undang-undang lain yang berkenaan bagi membendung anasir-anasir buruk ini berleluasa.

Setakat ini hampir 1000 laporan Polis telah pun dibuat ke atas Perhimpunan haram Bersih. Diharapkan Kementerian Dalam Negeri dapat mengambil tindakan sewajarnya.

Dipetik daripada blog Sungai Rapat Online

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tangkap bukan penyelesaian terbaik: KSU KDN

Posted: 24 Jun 2011 05:00 PM PDT

Tangkap bukan penyelesaian terbaik: KSU KDN

PUTRAJAYA - Tindakan untuk terus menangkap pihak yang terbabit dalam perhimpunan haram 9 Julai ini bukan merupakan jalan penyelesaian yang terbaik, sebaliknya kerajaan mengambil pendekatan untuk memberi informasi supaya orang ramai tahu mengenai akibatnya.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam, berkata senario pada zaman ini sudah berubah, di mana rakyat tidak boleh lagi menerima tindakan tangkapan oleh pihak berkuasa tanpa sebarang amaran.

"Jadi kita maklumkan kepada orang awam tentang apa yang berlaku. Tangkap-tangkap bukan jalan penyelesain. Bolehkah kamu terima jika kami terus menangkap kamu," katanya selepas majlis dialog pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kesukarelawanan dengan beliau di KDN di sini, hari ini.

Mahmood diminta mengulas mengenai gesaan sesetengah pihak yang mahu KDN mengambil tindakan tegas terhadap penganjur perhimpunan haram tersebut dan tidak terlalu berlembut dengan mereka.

Beliau berkata, kerajaan juga akan meneliti lebih 1,000 laporan polis yang dikemukakan yang membantah perhimpunan tersebut serta akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Mengulas majlis dialog tersebut, beliau berkata, ia adalah yang pertama seumpamanya pernah diadakan dan akan diteruskan bagi menyelaras pergerakan NGO di negara ini serta meminta pandangan dan idea daripada mereka dalam usaha memajukan negara.

Mahmood berkata, kerajaan juga sedang mempertimbang untuk mewujudkan majlis permuafakatan bagi menyelaras dan memberi sebarang bantuan yang diperlukan oleh NGO tersebut serta menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh mereka.

Mengikut rekod, katanya, terdapat lebih 119,000 NGO di negara ini dengan lebih 30 juta ahli dan lebih 40,000 daripada jumlah NGO itu merupakan NGO kesukarelawanan.

Beliau turut menafikan bahawa perjumpaan itu adalah langkah kerajaan untuk menguasai NGO terbabit sebaliknya kerajaan tidak mempunyai niat lain selain untuk menyatukan NGO berkenaan yang turut akan menjimatkan kos, masa dan tenaga mereka.

Seramai 100 pemegang jawatan daripada 40 NGO kesukarelawanan dari seluruh negara menghadiri perjumpaan itu. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved