Sabtu, 25 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

“Saya akan tutup telefon”

Posted: 24 Jun 2011 05:00 PM PDT

"Saya akan tutup telefon"

JERTIH - "Selepas ini saya akan tutup telefon bimbit ketika petir kerana takut kejadian sama berulang. Tetapi, saya tidak serik menggunakan telefon," kata pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra, Hulu Besut, Mohd Sahadam Nik Mar, 17, yang paling teruk tercedera terkena petir dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang di Kampung Durian Telor, Hulu Besut, Rabu lalu.

Bagaimanapun, pelajar itu yang semakin stabil masih dirawat di Hospital Besut mengakui ketika kejadian, dia sedang menggunakan telefon bimbit dan berdiri di atas wakaf tempat dia dan rakannya berteduh.

"Sebaik sahaja dipanah petir, saya tidak sedarkan diri dan hanya sedar ketika berada di unit kecemasan Hospital Besut.

"Sebelum kejadian, saya melepak di situ beberapa rakan tetapi ketika hendak pulang tiba-tiba hujan lebat membatalkan hasrat kami untuk pulang.

"Saya hanya tahu terkena panahan petir selepas dimaklumkan doktor yang merawat," katanya semalam.

Mohd Sahadam berkata, berikutan kejadian itu, dadanya masih terasa sakit selain tidak dapat tidur sejak kelmarin dan doktor akan membuat pemeriksaan lanjut ke atas dirinya.

Seorang lagi mangsa, Mohd Zailani Keria, 23, berkata, dia takut untuk berteduh di wakaf berkenaan ketika hari hujan kerana bimbang kejadian sama berulang.

"Saya bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius dalam kejadian itu namun saya akan berhati-hati," katanya.

Sementara itu, beberapa penduduk kampung memberitahu, kejadian petir sering terjadi di kampung berkenaan dan sebelum ini ia hanya menyambar pokok.

"Beberapa tahun lalu, rumah penduduk di situ turut disambar petir sehingga menyebabkan bumbung rumah bocor dan sistem pendawaian elektrik rosak," katanya.

Penduduk lain pula pernah mengalami nasib sama dan terpaksa dirawat di hospital kerana terkejut apabila petir menyambar pokok durian dan menghempap rumah.

Sinar Harian semalam menyiarkan mengenai kemalangan yang berlaku di kampung berkenaan apabila 12 belia kampung yang berteduh di sebuah wakaf berikutan hujan terkena panahan petir.

Akibat kejadian itu, tiga remaja termasuk Mohd Sahadam, Mohd Zailani dan Muhamad Fariz Ismail, 15 tercedera.

Bagaimanapun, hanya Mohd Sahadam ditahan di wad kerana kecederaan dialaminya lebih serius.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved