Sabtu, 25 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

20,000 sedia sekat Bersih 2.0

Posted: 24 Jun 2011 05:00 PM PDT

20,000 sedia sekat Bersih 2.0 SHAH ALAM – Seramai 20,000 ahli Pemuda UMNO Selangor dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menyertai Perhimpunan Aman Patriot pada 9 Julai ini.

Ketuanya, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, perhimpunan melibatkan ahli Pemuda UMNO di 22 bahagian seluruh negeri ini dan 30 NGO itu akan membawa suara 'The Silent Majority' yang menentang perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada tarikh sama.

"Tindakan kami bukan menentang PDRM (Polis Diraja Malaysia) tetapi berniat membantu PDRM kerana kita takut pada hari tersebut 'puak' itu tidak terkawal mereka jenis tidak reti bahasa dan merasakan undang-undang di tangan mereka sahaja.

"Kita tahu mereka didalangi Pakatan Rakyat (PR) yang ingin menunjukkan dan menggambarkan kepada rakyat bahawa Kerajaan Pusat zalim, menyekat kebebasan bersuara dan sebagainya," katanya dalam sidang media di Bangunan UMNO Selangor di sini, kelmarin.

Ungku Salleh berkata, PPNUS juga kesal kerana Bersih akan mempergunakan anak kecil, ibu mengandung dan sebagainya untuk menghindarkan pihak berkuasa dari mengambil tindakan terhadap mereka.

Beliau berkata, Pemuda UMNO Selangor sudah lama bersabar melihat, taktik kotor dan persepsi buruk Bersih terhadap Kerajaan Pusat, jadi sekiranya pertembungan pada hari tersebut beliau tidak dapat menghalangnya.

"Kami ingin beri amaran kepada Bersih, Pemuda UMNO tidak boleh halang kalau ahli hendak sama-sama berarak. Ini bukan amaran retorik tetapi saya yakin dan percaya, sekiranya mereka memulakan perarakan kita akan bertembung.

"Pemuda UMNO bersama NGO yang sayangkan keamanan tidak akan membiarkan perkara ini berulang sekali lagi (seperti berlaku sebelum Pilihan Raya Umum ke-12). Kami nekad akan menentang apa-apa perarakan yang akan menimbulkan kekacauan di ibu kota pada 9 Julai ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya..

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved