Sabtu, 25 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Kakak masih hilang

Posted: 24 Jun 2011 05:00 PM PDT

Kakak masih hilang KUALA KRAI - Seorang daripada dua beradik perempuan yang dikhuatiri lemas ketika berkelah di Sungai Lebir, dekat Kampung Manjor, petang kelmarin ditemui mati, di sini, semalam.

Penguasa Bomba, Shahrin Yusma Mat Yusoff berkata, mayat Siti Nur Fatin Izzaty, 14, ditemui tersangkut pada ranting pokok di tebing sungai itu kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Katanya, mayat ditemui seorang anggota polis yang turut serta dalam gerakan mencari dan menyelamat pada jam 5.10 petang selepas operasi dimulakan pada jam 10.30 pagi.

"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terapung dan tersangkut di ranting pokok tebing sungai manakala operasi mencari kakak mangsa, Siti Nurrul Amirah Azami, 16, masih diteruskan," katanya, di sini, semalam.

Shahrin Yusman berkata, mayat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laloh itu dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK) sebelum diserahkan kepada keluarga.

Sementara itu katanya, operasi disertai enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) atau Unit Skuba Bomba; enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat daerah; 10 anggota polis dan lapan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Menurutnya, operasi rondaan dibantu penduduk kampung meliputi kawasan satu kilometer dari lokasi mangsa tenggelam manakala gerakan menyelam oleh anggota skuba merangkumi kawasan sekitar 300 meter dari tempat kejadian.

Turut serta pada operasi itu Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Mohd Razi Zainon dan Ketua Polis Balai, Balai Polis Laloh, Sarjan Mejar Hamatli Seman.

Akhbar ini semalam melaporkan tentang kegembiraan empat bersaudara termasuk tiga beradik berkelah di sungai itu bertukar tragedi apabila dua daripada mereka dikhuatiri lemas ketika mandi.

Pada kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, kedua-dua mangsa sedang berkelah bersama seorang abang mereka, Abdul Nabiyuh Rahim, 18, dan abang ipar, Mohd Zulhilmi Mohd Yahya, 27.

Sementara itu, Mohd Zulhilmi berkata, sejurus sebelum kejadian, mereka berempat sedang mandi sebelum Abdul Nabiyuh Rahim naik ke tebing sungai untuk menjawab panggilan telefon.

"Masa itu tinggal saya bersama Siti Nurrul Amirah dan Siti Nurul Fatin Izzaty dalam sungai. Memandangkan hari sudah gelap, saya cadang naik ke tebing untuk makan tetapi bila menoleh ke belakang nak ajak mereka naik sama, saya nampak tangan kedua-duanya sedang terkapai-kapai," katanya.

Mohd Zulhilmi berkata, dia cuba mencapai rambut dan tangan Siti Nurrul Amirah yang paling hampir dengannya namun gagal sebelum menyelam untuk selamatkan mereka.

"Saya cuba melemparkan pakaian saya untuk selamatkan mereka tetapi gagal sebab mereka saling berpegangan antara satu sama lain," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved