Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Terima Bersih tak bersih: Mahathir Posted: 24 Jun 2011 05:00 PM PDT Terima Bersih tak bersih: Mahathir
SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengecam tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengarahkan semua ahli parti tersebut menyertai himpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai.
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Sebelum menyertai himpunan tersebut, katanya, semua pihak yang terlibat perlu melihat adakah mereka yang menganjur dan menyokong himpunan Bersih 2.0 itu benar-benar bersih. "Kalau hati beliau (Hadi) bersih, beliau tidak akan buat perkara ini dengan mengarahkan ahli-ahli Pas turun pada himpunan ini. "Orang yang terima Bersih 2.0 ini adalah orang yang tidak bersih," katanya pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Kompleks Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini, semalam. Ditanya tindakan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mengarahkan anggotanya turun berdemo pada hari yang sama patut dikenakan tindakan disiplin, beliau berkata ia terserah kepada pucuk pimpinan UMNO. |
Posted: 24 Jun 2011 05:00 PM PDT Anwar jangka
dakwa ringan
SHAH ALAM – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah menjangkakan pendakwaan ke atas Trio Datuk T, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Shuaib Lazim dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik adalah ringan.
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Anwar mendakwa, pada Khamis lalu, Abdul Rahim pergi ke Parlimen berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira jam 11.45 pagi berkemungkinan untuk bincang kes mahkamah dihadapinya itu. Menurutnya, modus operandi digunakan Abdul Rahim mudah dibaca malah secara jelas sudah dirancang sedemikian rupa supaya tertuduh menggunakan mahkamah sebagai tempat melemparkan fitnah. "Saya sudah jangka semua ini. Siapa Rahim yang ingin bercakap mengenai moral? Berkenaan peguam beliau (Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah), memang sudah diketahui siapa. Beliau adalah peguam UMNO dan kroni," katanya selepas menghadiri forum Pasaran Ekonomi Sosial: Alternatif Untuk Malaysia, di sini, semalam. Mengenai kenyataan Shafee yang mengatakan pelaku dalam video seks terbabit 99.9 peratus sama dengannya berdasarkan laporan pakar Amerika Syarikat, Anwar menafikan sekeras-kerasnya beliau pelaku dalam video seks itu. "Mereka boleh buat apa sahaja yang mereka mahu, boleh ambil mana-mana sumber tertentu contohnya dari Korea atau Amerika Syarikat dan berkata ia serupa. Ingin saya jelaskan ia adalah politik semata-mata, tidak lebih dari itu," katanya. Ditanya adakah beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Eskay, Anwar berkata laporan polis sudah dibuat, tetapi beliau mendakwa polis tidak mengambil apa-apa tindakan. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan