Rabu, 22 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Remaja disyaki penggodam ditahan

Posted: 21 Jun 2011 05:00 PM PDT

Remaja disyaki penggodam ditahan LONDON - Seorang remaja Britain berumur 19 tahun ditahan pihak berkuasa kerana disyaki terlibat dengan serangan siber oleh kumpulan penggodam antarabangsa Lulz Security terhadap Agensi Perisikan Pusat (CIA).

Suspek turut dipercayai menceroboh rangkaian sistem komputer milik beberapa syarikat perniagaan terkemuka termasuk Sony.

Usaha mengesan remaja lelaki itu turut disertai Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) susulan pencerobohan terhadap laman sesawang FBI.

Sebelum ini, kumpulan Lulz Security mengaku melakukan serangan siber terhadap syarikat gergasi dan agensi kerajaan bertujuan untuk mendedahkan maklumat sulit kepada umum.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hollywood henti boikot

Posted: 21 Jun 2011 05:00 PM PDT

Hollywood henti boikot JAKARTA - Kerajaan Indonesia kelmarin menjangka syarikat penerbitan filem Amerika Syarikat (AS) akan menghentikan boikot dan menyambung semula pengedaran filem Hollywood di negara Asia berkenaan.

Keyakinan itu disuarakan selepas Jakarta dan Hollywood bersetuju melalui perjanjian baru untuk mengakhiri pertikaian berhubung bayaran cukai industri perfileman asing di Indonesia.

Perjanjian cukai baru itu dipersetujui minggu lalu selepas protes oleh Hollywood berhubung rancangan Jakarta mengenakan bayaran lebih untuk filem luar yang akan ditayangkan di panggung wayang Indonesia.

Menurut jurucakap Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Indonesia, perjanjian baru itu akan tetap menguntungkan pengeluar filem AS untuk terus menayangkan filem mereka di negara itu.

Sejak Hollywood memulakan boikot pada Februari lalu, penggemar wayang Indonesia tidak dapat menonton filem terbaru termasuk Black Swan, True Grit dan Pirates of the Caribbean On Stranger Tides.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved