Rabu, 22 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Mangsa ribut dapat perhatian

Posted: 21 Jun 2011 05:00 PM PDT

Mangsa ribut dapat perhatian KAMPUNG LAMIR - Sebanyak sembilan rumah di Kampung Lamir mengalami kerosakan teruk di bahagian bumbung selepas dilanda ribut berserta hujan, lewat petang Ahad lalu.

Pegawai Daerah Pekan, Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali berkata, pihak pengurusan bencana daerah termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Yayasan Rahah serta beberapa pihak terlibat tampil di tempat kejadian bagi membantu mangsa.

Menurutnya, seramai 34 penduduk terlibat dalam bencana itu, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Anggaran kerugian yang dialami penduduk adalah sebanyak RM12,000 dan pihak pengurusan bencana sudah menyerahkan bantuan kira-kira RM200 hingga RM400 kepada setiap rumah terlibat mengikut kos kerugian yang dialami.

"Bantuan kilat diberikan bagi memastikan mereka yang terlibat dapat mencari alternatif membaiki kerosakan yang berlaku seterusnya dapat meneruskan kehidupan seharian dengan baik," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini.

Mohd Fadzli turut menyampaikan taklimat mengenai bencana alam itu ketika Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah berkenan mencemar duli berangkat ke lokasi kejadian, di sini.

:Hadir sama, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan; Pengerusi Jawatankuasa Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Ishak Muhamad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu, Ibrahim Awang Ismail; wakil peribadi Ahli Parlimen Pekan, Datuk Zainal Abidin Pa'wan serta pemimpin setempat.

Tengku Abdullah tiba di lokasi kira-kira jam 1.50 petang, semalam dan berkenan meluangkan masa selama sejam bertanya khabar serta menyampaikan sumbangan peribadi dan sumbangan daripada Muip kepada semua keluarga yang terlibat.

Mohd Fadzli berkata, pihak pengurusan daerah berharap semua mangsa ribut itu dapat memanfaatkan bantuan yang diberikan dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Tengku Mahkota ucap takziah

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah ketika lawatannya menyampaikan ucapan takziah dan melahirkan rasa simpati kepada penduduk terlibat.

Baginda bertitah, tindakan pantas agensi kerajaan menyediakan bantuan kilat sangat dihargai dan wajar dipuji kerana prihatin dengan bencana yang menimpa mangsa.

"Saya ingin berterima kasih kepada semua agensi yang tampil memberi bantuan dan bertindak secepat mungkin bagi memastikan semua mangsa dapat menghadapi bencana dengan baik.

"Saya juga berharap mangsa tidak merasa hampa dan dipinggirkan kerana kita sentiasa memberi perhatian kepada rakyat yang ditimpa bencana dan kesusahan," titahnya.

Pada masa yang sama, Tengku Abdullah berharap semua mangsa dapat membaiki kerosakan rumah masing-masing secepat mungkin supaya sambutan Ramadan dan Syawal tidak lama lagi dapat dinikmati bersama.

"Saya ingin mengingatkan kontraktor yang terlibat supaya tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga pembinaan sesuka hati seterusnya menindas mangsa yang telah sedia ditimpa kesusahan.

"Kerjasama yang baik serta pemantauan agensi berkaitan diperlukan bagi memastikan mereka yang ditimpa musibah ini dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik," titah baginda.

Hargai bantuan, keprihatinan

Mangsa ribut, Harun Bidin, 68, terharu dengan kesudian Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah mencemar duli melawat dan menyampaikan sumbangan kepadanya.

Menurutnya, sumbangan yang diberikan pihak pengurusan daerah serta daripada Tengku Mahkota itu sendiri membina kembali kekuatannya untuk meneruskan kehidupan selepas ditimpa bencana berkenaan.

"Saya dan keluarga berterima kasih atas bantuan yang diberikan selain mengagumi keluhuran hati Tengku Abdullah yang sudi bersama-sama melihat rumah saya dan jiran yang rosak akibat dipukul ribut.

"Jasa dan keprihatinan yang ditunjukkan akan menjadi ingatan dan kami sebagai rakyat mendoakan kesejahteraan Tuanku yang terkenal dengan sikap prihatin dan sentiasa dekat di hati rakyat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved