Rabu, 22 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Insentif jika tidak selindung poligami

Posted: 21 Jun 2011 05:00 PM PDT

Insentif jika tidak selindung poligami KOTA BHARU-Kerajaan Pas Kelantan bercadang memberi insentif khas kepada lelaki berpoligami dengan syarat ia dilakukan secara baik dan mengikut syariat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar (gambar) berkata, Islam tidak pernah menghalang poligami, malah ia merupakan salah satu cara untuk menyelesaikan masalah masyarakat.

"Poligami yang baik boleh selesaikan masalah ibu tunggal anak ramai, namun ia mesti dilakukan dengan betul, mesti jujur dan berterus terang, contohnya macam (pelakon dan pengacara) Salih Yaakob.

"Apa pun insentif ini masih di peringkat cadangan dan jika dipersetujui, mungkin suami sebagai ketua keluarga akan mendapatnya," katanya selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darul Naim di sini, semalam.

Terdahulu cadangan tersebut dibuat Ahmad Baihaqi Atiquallah (Pas-Pasir Tumbuh) semasa seisi perbahasan sidang DUN kelmarin.

Ketika menggulung perbahasan sebelum itu, Wan Ubaidah berkata, Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan tersebut kerana ketika ini ramai yang masih menyembunyikan perkahwinan kedua dan seterusnya.

Beliau mengakui jumlah poligami di Kelantan antara tertinggi dengan lebih 1,000 pasangan berdaftar sepanjang 2002.

"Yang tidak daftar mungkin ada dan ini yang kita tidak mahu kerana ia boleh mengundang masalah, kita tidak menyekat poligami kerana ia sebahagian daripada Islam tetapi dengan syarat suami itu perlu adil," katanya.

Menurutnya, adalah lebih baik mereka yang berkahwin lebih itu memilih armalah sebagai pasangan hidup kerana di Kelantan sahaja terdapat 25,000 individu yang berumur bawah 60 tahun yang kematian suami atau bercerai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tarik balik pinjaman CGPA bawah 2.0

Posted: 21 Jun 2011 05:00 PM PDT

Tarik balik pinjaman CGPA bawah 2.0 SUNGAI LAYAR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menarik balik pinjaman mereka yang gagal menenuhi kehendak keputusan CGPA ditetapkan agar peminjam menonjolkan keputusan memuaskan.

Ahli Lembaga Pengarah PTPTN, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, bagi pelajar CGPA bawah 2.0 akan disekat pinjaman sehingga menerima keputusan memuaskan.

Menurutnya, peminjam boleh membuat permohonan semula sekiranya ada peningkatan dalam keputusan semester hadapan dan tidak menolak kemungkinan pinjaman boleh diteruskan.

"Setakat ini kita hanya berjaya memperolehi pembayaran balik sebanyak RM2.45 bilion iaitu 48.56 peratus sahaja yang sepatutnya diterima sebanyak RM5.04 bilion daripada pelajar yang telah tamat belajar dan memperolehi kerjaya," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Komputer Notebook 1Malaysia kepada 1,500 pelajar dalam kawasan Parlimen Merbok di sini semalam.

"Keseluruhan pengeluaran wang PTPTN adalah sebanyak RM25.3 bilion bagi tempoh tahun 1997 sehingga 30 April 2011 di samping meluluskan RM38.5 bilion lagi kepada peminjam," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved