Rabu, 22 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Kastam rampas 5.8 kg syabu

Posted: 21 Jun 2011 05:00 PM PDT

Kastam rampas 5.8 kg syabu PERAI - Seorang wanita warga Indonesia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) Bayan Lepas pada jam 2.15 pagi kelmarin selepas cuba membawa masuk 5.8 kilogram (kg) dadah syabu yang disorok dalam bagasinya.

Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Pulau Pinang, Datuk Zulkifli Yahya berkata, syabu atau methamphetamine itu ditemui selepas anggota bertugas mendapati ada imej meragukan muncul ketika imbasan dibuat ke atas bagasi berkenaan.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut pegawai Kastam Cawangan Penguatkuasaan Narkotik berjaya menemui empat bungkusan lut sinar hablur kristal disorokkan di ruang khas dalam dua bagasi yang dibawanya dengan setiap satu bagasi mengandungi dua paket dadah.

"Siasatan mendapati wanita ini menaiki pesawat dari Ho Chin Minh, Vietnam dan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Pulau Pinang sebelum ditahan.

"Wanita yang bekerja sebagai jurujual berusia lingkungan 40-an itu kini direman 13 hari untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media di Kompleks Pencegahan Kastam negeri di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Kastam negeri, R Mariappa.

Zulkifli berkata, pihaknya tidak dapat mengesan sama ada wanita itu pernah memasuki ke negara ini kerana pasport yang digunakan masih baru.

Menurutnya, siasatan awal mendapati wanita itu memulakan perjalanan dari Indonesia empat hari lalu dan transit di KLIA sebelum berlepas ke Ho Chin Minh dan kemudian kembali semula ke KLIA sebelum ke Pulau Pinang.

Beliau belum dapat memastikan sama ada dadah yang dibawa adalah untuk pasaran tempatan atau antarabangsa tetapi tidak menolak kemungkinan ia adalah untuk pasaran antarabangsa berdasarkan kuantiti yang dibawa.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

"Ini adalah kes keempat tahun ini membabitkan rampasan dadah bernilai RM1.4 juta di LTAB Bayan Lepas melibatkan warga asing," katanya.

Terdahulu, 18 Februari lalu, seorang lelaki warga Iran berusia 26 tahun ditahan selepas cuba menyeludup dadah jenis syabu seberat 3.5 kg dengan anggaran nilai pasaran RM875,000.

Pada 11 Februari pula, KDRM menahan wanita warga Uganda bersama 3 kg syabu dengan nilai pasaran RM750,000 ketika tiba dari KLIA selepas menaiki pesawat dari Hong Kong.

Manakala, 9 Januari lalu, seorang lelaki Iran berusia 30 tahun ditahan bersama 3.5 kg syabu bernilai RM875,000.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved