Rabu, 22 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Zahid Hamidi mangsa publisiti bloggers

Posted: 21 Jun 2011 05:00 PM PDT

Zahid Hamidi mangsa publisiti bloggers

Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai UncleSeekers dikatakan cuba mencari publisiti apabila menggunakan nama Menteri Pertahan Malaysia, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi sebagai tajuk utama entri blognya.

Blogger Mahaguru58, Zainol Abideen dalan ulasannya berkata, taktik anak kepada penulis buku buku politik S.H. Alattas atau Pak Habib itu dilihat boleh mencemarkan namanya sendiri sekiranya ia mementingkan integriti dan mahu menjaga reputasi diri sebagai seorang penulis yang boleh dipercayai.

Menurutnya, sebagai pembaca, beliau berasa tertipu apabila artikel berkenaan sebenarnya mendedahkan seorang penipu bersiri.

"Saya percaya Syed masih boleh menarik minat para pembaca dan pengikut blognya dengan menulis judul yang mendedahkan tentang orang yang diceritakan sebagai penipu bersiri secara jelas.

"Malah saya percaya blog 'Uncle Seekers' akan diminati ramai jika memang berjuang untuk mendedahkan tentang salahlaku sesiapapun didalam negara kita khususnya atau dunia amnya. Sungguh!

"Saya alu-alukan pendedahan tentang penipu ini, tetapi cara Syed dengan menipu juga mencemarkan niat Syed sendiri," katanya.

Dalam masa yang sama, penyalahgunaan nama Zahid Hamidi itu juga dilihat salah kerana dilihat berkemungkinan mendedahkan diri beliau serta mendatangkan prasangka buruk dan fitnah terhadapnya serta ahli keluarga yang tidak bersalah apa apa.

"Syed tak boleh cuba melepaskan diri dengan berkata ' Uncle Zahid tak marahkan...he he.. Uncle Zahid tak pernah beri saya seposen dan saya sendiri pun tak pernah minta seposen kat Uncle Zahid.

"Blogger beretika tidak akan melakukan perkara sebegitu. Nasihat saya, sebelum Syed menghadapi masalah undang-undang adalah lebih baik beliau membuang apa saja kaitan pada Zahid Hamidi dan menyiarkan satu artikel memohon maaf diatas kekhilafan Syed. Baru adil," katanya lagi.

Sumber dipetik dari blog Mahaguru58

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penghujahan kes Khir Toyo pada 13 Julai

Posted: 21 Jun 2011 05:00 PM PDT

Penghujahan kes Khir Toyo pada 13 Julai

SHAH ALAM - Pihak pendakwaan hari ini mengakhiri kes terhadap bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang didakwa melakukan rasuah berhubung pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di sini empat tahun lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamed memaklumkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Mohtaruddin Baki selepas saksi ke-25 pendakwaan, pemangku penguasa kanan Chang Ching daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai memberi keterangan.

Selepas perbicaraan bermula 6 Jun lepas, Mohtaruddin kemudian menetapkan 13 Julai ini untuk mendengar hujah pembelaan dan pendakwaan.

Mohamad Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Mohamad Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved